Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mendedahkan jumlah gaji sebenar para menteri boleh kurangkan salah faham: Pritam Singh

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan anggota Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh dan Encik Leon Perera berbahas di Parlimen pada Isnin (1 Okt), mengenai gaji tepat para menteri Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Oct 2018 07:28PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 09:29PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan anggota Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh dan Encik Leon Perera berbahas di Parlimen pada Isnin (1 Okt), mengenai gaji tepat para menteri Singapura.

Encik Singh, yang merupakan Setiausaha Agung WP, menarik perhatian kepada jawapan DPM Teo kepada soalan Anggota Parlimen Alex Yam. Ia tidak memberi butiran "jumlah wang yang tepat".

Encik Teo menjawab: "Saya berpendapat, saya sudah menjawab soalan itu, dan aspek paling penting jawapan saya ialah, segala komponen adalah dalam lingkungan S$1.1 juta (gaji bagi permulaan menjadi menteri) yang dikuatkuasakan pada 2012."

Encik Singh turut bertanya dalam responnya kepada soalan bertulis Encik Perera pada awal September mengenai bonus, pihak pemerintah mungkin boleh menghalang berita palsu yang berlaku secara online "sekiranya ia memberi penjelasan yang lebih penuh dan mendalam".

"Kepalsuan" sedemikian mengakibatkan muncul satu catatan di sebuah laman Pemerintah yang menyangkalnya, enam hari setelah soalan Encik Perera dikemukakan.

Encik Perera menambah bahawa soalan sebenarnya bertanya mengenai jumlah keseluruhan dan bukan hanya bonus."Adakah ia bukan satu peluang untuk... turut mendedahkan dan menerbitkan paras bonus negara, selain bonus prestasi?"

Beliau kemudian bertanya jika pemerintah akan menerbitkan jumlah bonus setiap tahun, pada masa depan.

DPM Teo berkata: "Beliau bertanya mengenai apa yang diterima oleh setiap menteri. Bagi bonus negara dan Komponen Berubah-Ubah (AVC), ia adalah sama bagi kesemua menteri... justeru jika itu yang diinginkan Encik Leon Perera, beliau boleh memfailkan satu soalan oral dan mengikutinya, dan kami akan memberikan jawapannya kepadanya, seperti yang dilakukan hari ini.

"Tiada yang perlu dirahsiakan... saya menjawab semua soalan hari ini."

Encik Singh kemudian kembali kepada soalan pertamanya iaitu mengenai pemberian jumlah yang tepat, sambil menarik perhatian kepada saranan-saranan terkini oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan (DOF), yang beliau merupakan salah seorang anggotanya.

"Saranan nombor sembilan menyatakan, satu cara bagi pihak pemerintah untuk maju adalah institusi-institusi awam, sebanyak yang boleh, memberikan maklumat kepada orang awam berhubung kepalsuan online, dengan cepat,"' kata Encik Singh.

MENGENAI KOMEN TOKOH-TOKOH MASYARAKAT

DPM Teo mengakhiri ucapannya dengan menggambarkan gaji yang diterima oleh para menteri adalah subjek yang "sukar" dan "beremosi".

Beliau kemudian merujuk kepada wawancara Encik Ho Kwon Ping bersama Mediacorp, di mana pengasas Banyan Tree Holdings menyarankan menghadkan gaji para menteri kepada pendapatan pertengahan rakyat Singapura, serta sebuah suruhanjaya bebas yang memutuskan jumlah sebenar.

Encik Teo memutuskan bahawa "rangkaian kerja yang adil, terbuka dan jujur" diperlukan untuk terus menarik "para individu yang komited dan bersemangat serta bersikap jujur" untuk berkhidmat sebagai para pemimpin politik.

Menurutnya, selepas pemimpin generasi keempat (4G) nanti, pemimpin generasi kelima adalah para individu dalam lingkungan usia lewat 30-an dan 40-an, dan mereka di "tahap di mana mereka mempunyai peluang yang baik untuk mencapai prestasi terbaik dalam kerjaya masing-masing". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan