MENDAKI tutup semua pejabat kecuali 4 pusat satelit dari 7 Apr - 4 Mei
Yayasan MENDAKI akan menutup pejabat-pejabatnya di Wisma Mendaki, M³, YouthSpace@ITE dan Pusat WeLL mulai esok (7 Apr) hingga 4 Mei.
(Gambar: Fariza Abdul Aziz)
SINGAPURA: Yayasan MENDAKI akan menutup pejabat-pejabatnya di Wisma Mendaki, M³@WGS, YouthSpace@ITE dan Pusat WeLL mulai esok (7 Apr) hingga 4 Mei. Ini sejajar dengan penggantungan sementara khidmat tidak penting yang dikuatkuasakan semasa tempoh tersebut di Singapura sebagai langkah memutuskan litar penularan COVID-19.
Dalam satu kenyataan medianya pada Isnin (6 April), MENDAKI menyatakan empat pusat satelit badan bantu diri itu akan terus dibuka semasa tempoh tersebut.
Pusat satelit MENDAKI di Choa Chu Kang, Woodlands, Jurong dan Pasir Ris akan dibuka
setiap Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti awam, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Ia menyediakan khidmat berkaitan Dana Amanah Pendidikan, Pinjaman Pengajian dan- Penyerahan rayuan.
MENDAKI menggalakkan orang ramai agar mengakses khidmat-khidmatnya menerusi wadah online dan menasihatkan mereka agar tidak keluar rumah kecuali bagi urusan penting.
MENDAKI menyatakan ia komited untuk kekal bersatu dengan semua rakyat Singapura dalam memastikan keselamatan negara sewaktu masa-masa mencabar ini.
Ia sudahpun mula mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ini seperti menggantung kelas tuisyen dan program lain sejak Mac.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pegawai MENDAKI di talian 6245 5555 dan melalui emel di mendaki [at] mendaki.org.sg. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai khidmat MENDAKI di www.mendaki.org.sg.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.