Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI sasar kumpul $350,000 bagi ETF menerusi Climbathon 2019

Yayasan MENDAKI menetapkan sasaran lebih tinggi bagi usaha mengumpul dana untuk Dana Amanah Pendidikan (ETF) menerusi edisi Climbathon tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI menetapkan sasaran lebih tinggi bagi usaha mengumpul dana untuk Dana Amanah Pendidikan (ETF) menerusi edisi Climbathon tahun ini.

Ini didedahkan Timbalan Pengerusi MENDAKI Zaqy Mohamad semasa meluangkan masa bersama 51 peserta Climbathon di Wisma Mendaki tengah hari tadi (7 Dis).

"Tahun ini kita menyasarkan untuk mengumpulkan lebih $350,000. InsyaAllah ini boleh dicapai dengan sokongan masyarakat untuk anak-anak kita yang sedang belajar di sekolah supaya mereka tidak bimbang soal kewangan," kata Encik Zaqy yang juga Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia.

Tahun lalu, MENDAKI berjaya meraih sekitar S$250,000 bagi siri pendakian Climbathon. Bagi ekspedisi kemuncaknya, mereka menawan puncak tertinggi di Indochina.

Climbathon 2019 mencabar mereka untuk mendaki puncak lebih tinggi, iaitu ke Kem Pangkalan Annapurna setinggi 4,100 meter.

(Gambar: MENDAKI)

Jumlah peserta hampir 30 peratus lebih tinggi berbanding sebelumnya, dengan 22 daripada mereka merupakan penerima bantuan ETF, yang ditaja anggota masyarakat dermawan.

Semua peserta menghadiri satu sesi taklimat sebelum berangkat ke Nepal pada tengah hari tadi.

Mereka dijangka melakukan pendakian selama sekitar 10 hari dalam cuaca sejuk. Suhu cuaca di Kem Pangkalan Annapurna dijangka boleh jatuh serendah 9 darjah Selsius bawah sifar.

Sebagai persiapan, mereka sudah berlatih tiga kali seminggu sejak Julai lalu. Mereka ditetapkan pulang dan tiba di Singapura pada 22 Disember nanti.

Sesiapa yang ingin menyokong usaha mereka dan membantu anak-anak memerlukan dalam pendidikan, masih boleh melakukannya menerusi laman ini.   

Sumber : BERITA Mediacorp/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa