Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI perkukuh kerjasama dengan SSG demi tingkat keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam

Yayasan MENDAKI dan SkillsFuture Singapore (SSG) pada Sabtu (30 Okt) memeterai satu Memorandum Persefahaman yang bertujuan memperkukuh kerjasama mereka demi meningkatkan keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI dan SkillsFuture Singapore (SSG) pada Sabtu (30 Okt) memeterai satu Memorandum Persefahaman yang bertujuan memperkukuh kerjasama mereka demi meningkatkan keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam.

Bagi SSG, ia antara lain bakal menyediakan latihan bagi para penasihat kerjaya MENDAKI SENSE yang kemudian akan mengendalikan pelbagai bengkel buat masyarakat Melayu/Islam.

MENDAKI pula bersedia untuk menjalankan tinjauan, penyelidikan dan/atau Perbincangan Kumpulan Fokus untuk mengumpul maklum balas masyarakat awam. Ini ingin dilakukan supaya saranan-saranan dapat dikemukakan untuk membantu SSG memperhalusi strateginya dalam gerakan SkillsFuture.

MENDAKI dan SSG meterai MOU perkukuh kerjasama tingkat keupayaan masyarakat Melayu. (Gambar: Yayasan MENDAKI) 

(Gambar-gambar: Yayasan MENDAKI)

"(MOU) ini akan memperkukuh pendekatan dan azam kita untuk memastikan masyarakat boleh meraih manfaat daripada pelbagai skim serta program negara dan pastinya memperhalusi pendekatan mereka berdasarkan pengetahuan kami di lapangan. Jadi ia saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad yang menyaksikan pemeteraian MOU tersebut di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Encik Zaqy menambah, usaha sebegitu akan melengkapi iltizam masyarakat untuk mempertingkat diri lalu menyediakan masa depan lebih cerah buat golongan pekerja.

Di samping itu, MENDAKI dan SSG akan menyokong usaha satu sama lain dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai contoh, MENDAKI dan SSG secara bersama akan menguar-uarkan kepada masyarakat Melayu/Islam pelbagai bengkel dan program SkillsFuture.

MENDAKI juga akan cuba mendapatkan sokongan para pemimpin masyarakat Melayu dan pertubuhan-pertubuhannya untuk mengajak orang ramai menyertai pelbagai program SSG.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan