MENDAKI naikkan kriteria kelayakan PCI kepada S$1,000, 20% lebih ramai pelajar akan layak terima bantuan
Ini berbanding S$750 sekarang.
Kenaikan itu selaras dengan semakan Kementerian Pendidikan (MOE) terhadap kriteria kelayakan pendapatan itu bermula tahun 2026.
Kriteria kelayakan yang dikemas kini MENDAKI itu adalah bagi skim pinjaman belajar, subsidi Dana Amanah Pendidikan seperti ETF - Flexi Fund, ETF - Big Heart Student Care dan ETF ITE Start Up.
Ini tidak termasuk Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS).
"Langkah ini memastikan kami dapat memberi lebih sokongan kepada para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mungkin memerlukan bantuan tambahan dalam pendidikan mereka," tambahnya.
Menurut Encik Feroz, kira-kira 20 peratus lebih ramai pelajar akan layak menerima bantuan MENDAKI dengan kriteria kelayakan yang dikemas kini itu.
Di samping itu, MENDAKI juga terus menyokong ibu bapa dan anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah tidak lama lagi serta mereka yang akan mula ke Darjah 1.
Untuk itu, MENDAKI juga mengagihkan kit "Ready, Set, Primary" kepada kira-kira 2,000 keluarga.
Setiap kit mengandungi keperluan sekolah asas seperti beg sekolah, baju hujan dan beg bekal makan tengah hari.
Kit tersebut diagihkan sepanjang Disember kepada keluarga yang menghadiri program KelasMateMatika (KMM) serta keluarga daripada tadika-tadika di masjid dan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF), termasuk Karyawan India Muslim (IMPROF), Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA), IYAD Perdaus, Muhammadiyah, SGM Murni dan Persatuan India Muslim Bersatu (UIMA).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.