MENDAKI meterai MoU dengan IHRP, perkukuh kemahiran karyawan HR Melayu/Islam
Sebagai sebahagian daripada rangka kerja pensijilan HR negara, para karyawan akan diiktiraf merentasi tiga tahap pensijilan IHRP, iaitu Pegawai Bersekutu Diperakui, Karyawan Diperakui dan Karyawan Kanan.
Setakat ini, lebih daripada 40 pegawai bersekutu hingga karyawan profesional daripada pertubuhan Melayu/Islam serta agensi pemerintah dan korporat telah meraih pensijilan IHRP.
"Landskap pekerjaan selalu berubah, jadi saya harus meningkatkan kefahaman saya dalam aspek pematuhan untuk kekal relevan," kongsinya.
Menurut Cik Nadiah, pensijilan IHRP membekalkannya dengan pengalaman dan kefahaman terhadap rangka kerja dalam bidang HR.
Ia turut membantunya memahami pekerjaannya dengan lebih baik, memandangkan suasana bekerja di prasekolah memerlukan pengalaman dan kefahaman yang berbeza.
PENSIJILAN IHRP DAPAT PERKUKUH PERTUBUHAN MELAYU/ISLAM
Sementara itu, Penolong Ketua Rangkaian Karyawan MENDAKI bagi Sumber Manusia, Helmi Ali berkata pensijilan IHRP bukan sahaja melengkapkan karyawan HR dengan kemahiran untuk menangani isu-isu berkaitan HR.
"Dengan kemahiran yang kukuh, kakitangan daripada badan-badan Melayu/Islam dapat menjalani tugas dengan lebih cekap, dan masyarakat dapat meraih manfaat daripada badan-badan tersebut," jelas Encik Helmi.
Beliau turut berkongsi bahawa MENDAKI kini menyasar untuk menarik lebih ramai rangkaian karyawan HR untuk mendapatkan pensijilan.
"Apabila MENDAKI memulakan rangkaian karyawan untuk HR. Kami mendapati 80 peratus daripada rangkaian ini tidak ada pensijilan HR, jadi kami membuat sasaran untuk menarik seberapa banyak yang mungkin untuk dapatkan pensijilan," kongsi Encik Helmi.
Menurut Encik Feroz, kerjasama tersebut selaras dengan Pelan Kerja MENDAKI 2030.
Ia turut mengukuhkan komitmen MENDAKI untuk membina tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan serta memastikan masyarakat kekal berdaya tahan dalam landskap ekonomi Singapura yang kian berkembang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.