MENDAKI meterai kerjasama dengan Bitdeer, lancar biasiswa baharu untuk pelajar Melayu/Islam ceburi industri teknologi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelajar Melayu/Islam yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana bakal meraih manfaat daripada satu biasiswa baharu yang turut membuka laluan ke industri teknologi.
Biasiswa itu dilancarkan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) bernilai $140,000 antara Yayasan MENDAKI dan syarikat teknologi tersenarai NASDAQ, Bitdeer Technologies, pada Selasa (28 April).
MOA itu dimeterai Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI, Feroz Akber bersama Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Bitdeer, Wu Jihan.
Ia turut disaksikan oleh Pengerusi MENDAKI, Zaqy Mohamad yang juga Menteri Negara Kanan, Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran.
"Di MENDAKI kami percaya di mana kita mahu setiap pelajar kita mencapai aspirasi mereka. Dengan biasiswa Bitdeer ini, kita memberi mereka sokongan dengan empat lagi biasiswa yang diberikan setiap tahun.
"Jadi secara keseluruhan, kita mempunyai 52 biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar kita yang mempunyai prestasi yang baik," kata Encik Zaqy.
Menurut beliau, perkembangan itu sejajar dengan peningkatan pencapaian pelajar Melayu/Islam sejak dua dekad lalu.
"Kita melihat akan kemajuan anak-anak kita seperti dalam dua dekad lalu, kita hanya mempunyai 30 peratus anak-anak Melayu kita yang mempunyai kelayakan pos menengah. Hari ini kita mempunyai 80 peratus. Ini menunjukkan prestasi anak kita lebih tinggi dan kita mahu memberi mereka sokongan lebih baik," kongsi Encik Zaqy.
Kerjasama itu turut melangkaui pemberian biasiswa dengan menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan latihan.
Syarikat itu akan menawarkan program pembelajaran dalam bidang teras seperti pengkomputeran dan penyelidikan Kecerdasan Buatan (AI).
Inisiatif itu juga bertujuan memperkukuh keupayaan digital dan memupuk inovasi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.
"Ia memberi potensi untuk anak-anak kita memasuki bidang-bidang seperti AI, pembuatan semikonduktor maju serta pusat data dan bukan sahaja kerjaya di Singapura tetapi juga kerjaya di Amerika Syarikat dan negara lain," ujar Encik Zaqy.
BITDEER SEDIAKAN PELUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN & LATIHAN
Menurut Encik Feroz, kerjasama itu membuka lebih banyak laluan kepada pelajar Melayu/Islam untuk melanjutkan pengajian tinggi tanpa halangan kewangan.
"Ia juga mencerminkan komitmen MENDAKI 2030 untuk memupuk pelajar yang berkeyakinan dengan meluaskan akses kepada biasiswa dan dermasiswa, supaya lebih ramai pelajar dapat mengejar aspirasi mereka dengan yakin.
"Melalui kerjasama yang kukuh masyarakat dan sektor privet, kami membina peluang untuk orang muda mencapai kemajuan berdasarkan potensi, bukan keadaan kehidupan,” kata Encik Feroz.
Sementara itu, Encik Wu menegaskan komitmen Bitdeer sebagai syarikat teknologi global berpangkalan di Singapura untuk menyokong pembangunan bakat tempatan, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.
"Dengan melabur dalam bakat dan mencipta peluang, program ini bertujuan untuk menyokong pembangunan generasi profesional Melayu/Islam seterusnya dalam mencapai potensi penuh mereka.
"Kami percaya bahawa, dari masa ke masa, mereka akan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat Singapura dan memainkan peranan aktif dalam memacu inovasi teknologi yang lebih besar dan memajukan masa depan digital negara," kata Encik Wu.
BITDEER TECHNOLOGIES SUMBANG $140,000 DALAM BENTUK BIASISWA
Di bawah perjanjian itu, Bitdeer akan menyumbang $140,000 sepanjang tempoh empat tahun, dari 2026 hingga 2029.
Seramai lapan mahasiswa akan menerima $10,000 setiap seorang, dengan dua penerima dipilih setiap tahun sepanjang tempoh tersebut.
Selain itu, empat penuntut possiswazah akan menerima $15,000 setiap seorang, dengan dua penerima setiap tahun bagi tempoh 2026 hingga 2027.
Biasiswa itu akan dibuka kepada pelajar sepenuh masa daripada pelbagai bidang pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Penerima biasiswa juga berpeluang dipertimbangkan untuk pekerjaan sepenuh masa di bawah Program Graduate Talent Trainee (GTT) Bitdeer selepas mereka tamat pengajian.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.