Skip to main content

Singapura

MENDAKI main peranan penting teruskan usaha pembangunan negara

Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli menekankan lagi dasar 3K - Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan semasa berucap kepada kakitangan dan pengurusan Yayasan MENDAKI pada Majlis Memperingati Hari Kebangsaan (NDO) tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI main peranan penting teruskan usaha pembangunan negara

(Gambar-gambar: Mendaki)

Diterbitkan : 01 Aug 2019 11:44PM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 11:50PM

SINGAPURA: Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli menekankan lagi dasar 3K - Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan semasa berucap kepada kakitangan dan pengurusan Yayasan MENDAKI pada Majlis Memperingati Hari Kebangsaan (NDO) tahun ini.

"Sebagai salah satu institusi utama masyarakat, MENDAKI memainkan peranan dalam membangun dan mempertingkatkan kemahiran masyarakat untuk memastikan ia terus relevan," kata Encik Masagos yang juga Pengerusi MENDAKI.

Beliau mengingatkan kakitangan MENDAKI tentang pentingnya mereka mengikuti perkembangan isu-isu dalam negeri dan global yang memberi impak kepada rakyat Singapura.

Sejajar dengan tema NDP tahun ini yakni "Singapura Kita" dan sempena meraikan dwiabad Singapura Encik Masagos mengajak kakitangan MENDAKI untuk merenung kembali sejarah Singapura dan warisan ditinggalkan oleh nenek moyang yang telah membantu membina Singapura.

Related article image
(Gambar: Mendaki)

Encik Masagos disertai oleh Menteri Negara Encik Zaqy Mohamad, dan anggota Lembaga Pengarah dalam acara hari ini (1 Ogos). Mereka turut disertai tetamu dari Kumpulan-kumpulan bantu diri CDAC dan Persatuan Serani, pelajar dari Pusat Autisme St. Andrew (SAAC), kanak-kanak prasekolah dari Modern Montessori International (MMI) dan Masjid Kampung Siglap (MKS). Beramai-ramai mereka melafazkan ikrar negara menyanyikan lagu-lagu Hari Kebangsaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita