Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI luaskan Rangkaian Karyawan ke empat lagi sektor jelang akhir 2024

MENDAKI akan memperluaskan program Rangkaian Karyawan ke empat lagi sektor menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI luaskan Rangkaian Karyawan ke empat lagi sektor jelang akhir 2024

(Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: MENDAKI akan memperluaskan program Rangkaian Karyawan ke empat lagi sektor menjelang akhir tahun ini.

Ia merangkumi sektor Penjagaan Kesihatan, Kerja Sosial, Media dan Kreatif, dan Kemampanan.

Langkah itu akan membolehkan lebih ramai karyawan untuk menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka kepada masyarakat.

Pengerusi MENDAKI, Masagos Zulkifli mendedahkan demikian dalam dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (5 Mei).

"Menerusi rangkaian-rangkaian ini, saya harap karyawan kita dapat membina modal kerjaya atau 'career capital' serta menyumbang kembali dan mempertingkatkan masyarakat kita supaya kekal maju sebagai Masyarakat Gemilang," kata Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam.

MENDAKI memberitahu BERITA Mediacorp bahawa program rangkaian karyawan dalam sektor kesihatan akan dilancarkan pada bulan Jun ini manakala dua lagi akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

(Facebook/Masagos Zulkifli)

Antara tujuan rangkaian yang ditubuhkan pada 2019 itu adalah untuk merangsang pembangunan kerjaya dan menggalak budaya menyumbang kepada masyarakat.

Para karyawan yang mengambil bahagian memainkan pelbagai peranan termasuk sebagai mentor, tutor, atau peneraju projek-projek akar umbi.

LEBIH 500 KARYAWAN DARI 9 SEKTOR SERTAI RANGKAIAN KARYAWAN MENDAKI SEJAK 2019

Encik Masagos berkata beliau teruja ramai karyawan yang melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif masyarakat.

"Saya juga gembira melihat lebih banyak yang tampil ke hadapan untuk menyumbang melalui M³ dan MENDAKI. Penubuhan Rangkaian Karyawan MENDAKI pada tahun 2019 bertujuan untuk merangsang pembangunan kerjaya dan menggalakkan budaya menyumbang kepada masyarakat. Hari ini, kita mempunyai lebih 500 karyawan merentasi sembilan rangkaian," kata beliau.

Rangkaian-rangkaian tersebut termasuk Teknologi, Perbankan dan Kewangan, Sains Hayat, Undang-undang, Kejuruteraan, Penerbangan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sektor Awam, dan Sumber Manusia.

Seramai 200 karyawan Melayu/Islam menghadiri majlis Hari Raya MENDAKI tahun ini yang diadakan di hotel Sofitel Singapore City Centre.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin masyarakat yang berdedikasi dalam memajukan peluang-peluang pendidikan. Berkat kerja keras mereka, jumlah profesional di sektor-sektor yang berkembang pesat semakin meningkat," tambah Encik Masagos.

(Facebook/Zaqy Mohamad)

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dalam satu catatan di Facebook pula berkata: "Para karyawan kami membawa banyak cara dan idea yang inovatif untuk meningkatkan masyarakat. Sebahagian daripada mereka menganjurkan perjalanan pembelajaran ke syarikat-syarikat dan juga simulasi penerbangan. Manakala yang lain pula, berkhidmat sebagai mentor dan tutor kepada pelajar."

Encik Zaqy, yang juga Naib Pengerusi MENDAKI berkata Rangkaian Profesional memupuk bakat dalam komuniti dan membina modal kerjaya mereka.

Ini penting untuk membina saluran pemimpin dan memupuk ekosistem pementoran dalam masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan