MENDAKI lancar tiga Rangkaian Karyawan baharu dalam pendidikan, keusahawanan dan sukan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan MENDAKI melancarkan tiga Rangkaian Karyawan baharu dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan sukan, sekali gus meningkatkan jumlah rangkaian tersebut daripada 13 kepada 16.
Pelancaran itu diumumkan di acara #MakingConnections di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat (10 Jul).
Menurut MENDAKI, tiga rangkaian baharu itu bertujuan menghimpunkan para profesional bagi meningkatkan hasil pendidikan, memupuk inovasi dan keusahawanan serta menyokong pembangunan dan aspirasi atlet.
Mengulas, Ketua Rangkaian Profesional bagi Sukan Muhammad Shakir Juanda berkata rangkaian baharu itu akan memberi bimbingan kepada belia Melayu/Islam yang berminat membina kerjaya dalam industri sukan.

Tambahnya lagi, peluang dalam sektor tersebut kini lebih luas hasil pelaburan pemerintah, bukan sahaja sebagai atlet tetapi juga dalam bidang pentadbiran sukan, fisioterapi dan latihan sukan.
"Ia akan memberi sokongan dan juga motivasi kepada para belia yang akan menyertai bengkel dan klinik ini. Apabila mereka selesai mengikutinya, mereka akan lebih bersedia serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam industri sukan. Kita juga dapat memberi mereka pendedahan dan berkongsi pengetahuan tentang apa yang diperlukan untuk menceburi industri sukan.," kata Encik Shakir.
PENTINGNYA MEMBINA MODAL SOSIAL BAGI TINGKATKAN MOBILITI SOSIAL MASYARAKAT: ZAQY MOHAMAD
Dalam ucaptamanya, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran Zaqy Mohamad yang juga Pengerusi MENDAKI menekankan pentingnya membina modal sosial dan
rangkaian profesional secara terancang bagi membantu lebih ramai belia Melayu/Islam merebut peluang serta meningkatkan mobiliti sosial.
Beliau berkata, keadaan masyarakat kini sudah berubah dan peluang tidak lagi boleh diserahkan kepada nasib semata-mata.
"Modal sosial boleh dibina. Ia tidak perlu diserahkan kepada nasib semata-mata. Bimbingan boleh dilaksanakan secara tersusun. Pendedahan kepada peluang juga boleh dirancang, " kata Encik Zaqy.
Atas sebab itulah menurut Encik Zaqy, Rangkaian Karyawan MENDAKI dilancarkan.

Bermula dengan hanya 30 anggota pada 2022, ia kini berkembang kepada lebih 1,300 anggota yang membimbing lebih 2,800 mentee, sekaligus menjadi rangkaian profesional terbesar dalam masyarakat Melayu/Islam.
Beliau turut menegaskan usaha memperkasa masyarakat bukan tanggungjawab MENDAKI semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan seluruh masyarakat Singapura.
"Bukan masyarakat kita sahaja yang berusaha memajukan diri secara bersendirian. Sebaliknya seluruh rakyat Singapura berganding bahu memperkasa generasi akan datang," kata Encik Zaqy.
PENGUASAAN KEMAHIRAN KEKAL PENTING DALAM ERA AI: ONG YE KUNG
Tetamu Kehormat, Menteri Kesihatan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Ong Ye Kung berkata masyarakat Melayu/Islam telah menunjukkan kemajuan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan sejak sedekad lalu.
Dalam ucapannya, beliau mengongsikan peratusan golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu meningkat daripada 32.2 peratus pada 2015 kepada 46.6 peratus pada 2025.
Dalam tempoh yang sama, peratusan pemegang ijazah turut meningkat daripada 7.7 peratus kepada 13.3 peratus, manakala sekitar empat daripada setiap 10 pelajar Melayu kini melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pendidikan formal sahaja tidak mencukupi dan pembelajaran perlu diteruskan sepanjang hayat.

Menyentuh tentang kecerdasan buatan (AI), Encik Ong berkata teknologi akan terus berubah, namun penguasaan kemahiran dalam sesuatu bidang akan terus menjadi kekuatan utama seseorang.
"AI boleh membantu kita bekerja dengan lebih pantas dan mengambil alih tugas rutin, tetapi ia tidak dapat menggantikan penguasaan sebenar dalam sesuatu bidang."
Beliau turut menekankan pentingnya golongan profesional membina komuniti yang saling berkongsi ilmu, membimbing generasi baharu dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat seperti yang dilakukan MENDAKI menerusi Rangkaian Karyawannya.
Acara tersebut merupakan salah satu daripada empat acara utama dalam siri Raikan Ilmu dan dihadiri sekitar 400 golongan karyawan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.