MENDAKI lancar pelan kerja 5 tahun, tumpu pendidikan, pelibatan ibu bapa dan kesiapsiagaan tenaga kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan MENDAKI melancarkan Pelan Kerja Lima Tahunnya di bawah agenda MENDAKI 2030 yang bertujuan memperkasa masyarakat Melayu/Islam ke arah tangga kejayaan yang lebih tinggi.
Pelan kerja yang dilancarkan pada 15 Januari lalu itu memberi penekanan terhadap pendidikan, peranan lebih aktif ibu bapa serta penggunaan teknologi, dengan matlamat membentuk masyarakat yang lebih yakin, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin dipacu teknologi.
Ia terbahagi kepada empat tunggak utama - pelajar yang berkeyakinan, keluarga yang kukuh, pekerja yang bersedia untuk masa hadapan dan masyarakat yang terus berkembang maju.
Menurut MENDAKI, semua ini sebagai menyokong individu di setiap fasa perjalanan kehidupannya, dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke alam dewasa, selaras dengan cogan kata baharunya iaitu “Sentiasa Bersamamu”.
MTP DIPERTINGKAT KEPADA MAP, SOKONGAN DIPERLUAS MELANGKAUI AKADEMIK
Bagi membantu pelajar membina asas yang kukuh, Program Tuisyen MENDAKI (MTP) akan dipertingkatkan kepada MENDAKI Achievement Programme (MAP).
Program baharu itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, tetapi juga memperluaskan sokongan kepada pembangunan pelajar yang lebih menyeluruh.
MAP akan memperkenalkan program pembelajaran pengayaan yang lebih kontekstual, termasuk pendidikan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), robotik, penggunaan alat AI, serta pembelajaran luar bilik darjah.
Kemahiran-kemahiran ini ertujuan membangunkan pelajar secara holistik selari dengan Kemahiran Abad ke-21 yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).
Kedua, MENDAKI akan meningkatkan kesedaran tentang pilihan pendidikan dan kerjaya yang luas untuk pelajar melalui sesi-sesi perkongsian kerjaya semasa musim cuti sekolah pada bulan Mac, Jun, September dan November.
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran, MENDAKI juga akan memanfaatkan alat-alat Kecerdasan Buatan (AI).
"Kami juga akan menggunakan alat-alat AI untuk membantu tutor MAP menyesuaikan pelajaran dan aktiviti mereka, serta meningkatkan hasil pembelajaran para pelajar kita. Perincian lanjut akan dikongsi pada masa terdekat," kongsi Pengerusi MENDAKI, Zaqy Mohamed.
Selain itu, jumlah skim biasiswa dan dermasiswa akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus setiap tahun sepanjang lima tahun akan datang.
Buat masa ini, MENDAKI mempunyai sekitar 30 skim, dengan nilai bantuan bergantung kepada kerjasama bersama rakan strategik.
Langkah itu dianggap penting bagi menyokong kestabilan kewangan masyarakat Melayu/Islam dan memastikan akses kepada pengajian tinggi yang lebih inklusif.
MEMPERKUKUH KELUARGA MELALUI READYSETLEARN (RSL)
Sedar akan peranan penting yang dimainkan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, MENDAKI akan memperkenalkan program ReadySetLearn (RSL) untuk memperkasa ibu bapa dengan anak berusia 16 tahun dan ke bawah.
"Untuk memperkukuhkan pembelajaran di rumah serta memperkasa ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka, MENDAKI akan melancarkan
program ReadySetLearn (atau RSL). Di bawah program RSL, kami akan menganjurkan jerayawara di kawasan-kawasan kejiranan.
"Di jerayawara ini, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dan bahan-bahan bimbingan oleh MENDAKI serta agensi-agensi nasional dan masyarakat untuk menyokong pembangunan anak-anak mereka," kongsi Encik Zaqy.
Ia bakal diadakan di lima hingga enam kawasan kejiranan bermula April tahun ini.
Jerayawara itu juga bersifat inklusif di mana MENDAKI juga akan memberi tumpuan kepada ibu bapa yang kurang upaya atau keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas.
Selain itu, RSL turut merangkumi:
RSL Maths Explorer (dahulunya KelasMateMatika):
Sebuah program pembelajaran hibrid merangkumi empat sesi, lengkap dengan bimbingan praktikal kepada ibu bapa tentang cara mengaplikasikan pembelajaran di rumah. Ia akan disediakan di wadah online dan secara fizikal bagi memudahkan ibu bapa menyertai program tersebut.
RSL Language Explorer:
Sebuah program literasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, untuk memperkasa ibu bapa dalam memupuk minat anak mereka membaca.
Kit RSL:
Membantu keluarga memahami perkembangan anak dengan sumber dan sokongan yang tersedia.
TENAGA KERJA YANG SEDIA MENGHARUNGI CABARAN MASA HADAPAN
Bagi memastikan masyarakat kekal relevan dalam menghadapi ekonomi yang pesat berubah, MENDAKI akan memperluaskan program Women At Work (W@W) kepada Ready At Work (R@W).
"Program Ready At Work akan membantu pekerja Melayu/Islam meningkatkan kemahiran, meraih kemahiran baharu, dan membina minda mereka untuk bersedia menghadapi ekonomi pesat.
"Para peserta program Ready At Work berpeluang menyertai bengkel dan perjalanan pembelajaran (atau Learning Journey) “Future of …” Series, mendapatkan nasihat kerjaya serta manfaat lain," kata Encik Zaqy.
R@W menyokong pelbagai golongan pekerja termasuk graduan, pencari kerja, profesional pertengahan kerjaya dan mereka yang baru sahaja kembali ke alam pekerjaan.
Ia juga akan mewujudkan rangkaian profesional bagi para karyawan berhubung dan berkolaborasi bersama, selain menyediakan lebih banyak kursus literasi digital, latihan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) dan pensijilan industri.
Ia bertujuan untuk mempersiapkan para pekerja untuk masa hadapan yang dipacu AI.
MEMBINA MASYARAKAT YANG BERKEMBANG MAJU
Dalam usaha untuk membina masyarakat yang terus berkembang maju, MENDAKI akan memperluas program pementoran sedia ada, dengan usaha pementoran kini dimulakan seawal Menengah 1, berbanding Menengah 3 sebelum ini.
Program pementoran akan melibatkan pelajar sekolah menengah hingga universiti melalui pelbagai inisiatif.
Antara program yang dijalankan sepanjang lima tahun lepas adalah program #amPowered, MARA Mentoring, Project Pathfinder, PEER Community Programme dan Cool Yah.
Fasa awal akan memberi tumpuan kepada penerima Anugerah MENDAKI sebelum diperluaskan kepada kumpulan lain, dengan penglibatan ibu bapa turut digalakkan.
MENDAKI percaya bahawa pementoran awal akan melahirkan generasi muda yang lebih bersedia, bertenaga dan disokong untuk mencapai aspirasi mereka.
"Menerusi program-program ini, kami berharap untuk terus sentiasa bersama anda di sisi pelajar, pekerja, keluarga dan masyarakat. Seperti kata peribahasa, bagai aur dengan tebing, kita harus sentiasa berganding bahu untuk menghadapi setiap cabaran dan membina masa hadapan yang gemilang," kata Encik Zaqy.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.