Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI buat laporan polis susuli serangan 'ransomware'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: MENDAKI membuat laporan polis tentang satu serangan perisian tebusan atau 'ransomware' ke atas sistem IT badan tersebut pada 27 Oktober.

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura dan Agensi Keselamatan Siber Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (2 Nov), MENDAKI menjelaskan ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan tidak dapat mengulas tentang butiran kes tersebut kerana siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya lagi, ia akan menghubungi pihak-pihak berkepentingan dan individu yang terjejas secepat mungkin. 

MENDAKI melahirkan rasa kesal di atas kejadian itu dan komited dalam memastikan perlindungan data dan maklumat peribadi pihak-pihak yang terjejas. 

Orang ramai boleh menujukan pertanyaan kepada alamat e-mel enquiry [at] mendaki.org.sg atau talian 62485960, dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan