MENDAKI bakal lancar Pusat Satelit ke-5 di Punggol
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Yayasan MENDAKI meluaskan jangkauannya ke estet kejiranan dengan sebuah lagi pusat satelit, kali ini di One Punggol.
Ia akan dilancarkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli pada 1 Julai ini sempena acara pembukaan kempen Raikan Ilmu tahun ini.
Pusat Satelit MENDAKI kelima itu akan memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan juga golongan pekerja yang menetap di kawasan timur laut Singapura.
Empat pusat satelit lain adalah di Jurong, Pasir Ris, Woodlands dan Choa Chu Kang.
Rancangan tersebut didedahkan dalam dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma MENDAKI hari ini (12 Julai).
“Berdasarkan data yang MENDAKI ada, kami dapati Punggol adalah salah satu bandar untuk MENDAKI buka Pusat Satelit untuk bantu keluarga yang mempunyai anak kecil menerusi program-program kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI, Zuraidah Abdullah.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan, Zaqy Mohamad berkata pusat terbaru itu akan meluaskan lagi rangkaian bantuan yang disediakan dan menjadikannya lebih mudah diakses.
"Amat penting untuk kami mendekati masyarakat dan di sini kita melihat program-program kami terutama sekali program M³ dan sebagainya menjadi efektif apabila ia mendekati masyarakat dan kita mempunyai masyarakat, pegawai dan juga rakan kongsi seperti pihak akar umbi seperti Pusat Khidmat Keluarga (FSC) dan sebagainya untuk membantu kita juga, untuk mendekati masyarakat, untuk mendekati anak-anak kita yang mungkin mempunyai keperluan.
"Bagaimana kita dapat menjalankan program seperti KelasMateMatika@M³ (KMM) di setiap kelab masyarakat dan juga di agensi berdekatan," kata Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi MENDAKI.
Selain pendidikan anak-anak, pusat baru itu akan turut menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pekerja.
"Di sini melalui rakan kongsi kami, kita mempunyai pelbagai perkhidmatan seperti SkillsFuture dan juga NTUC LearningHUB. Pada masa yang sama melalui kerjasama dengan 'e2i' dan 'Workforce Singapore' kita juga memberi lebih banyak pilihan dari segi pencarian pekerjaan melalui skim-skim kami atau mereka yang perlukan nasihat pekerjaan ataupun untuk memahami landskap pekerjaan kita.
"Jadi di sini memang MENDAKI melihatkan "end-to-end" daripada mereka di prasekolah, di bangku sekolah, di Universiti atau Politeknik atau ITE dan juga mereka yang sedang bekerja kita cuba memberi pelbagai khidmat melalui pusat-pusat kami," tambah beliau
KEMPEN RAIKAN ILMU 2023
Sidang media itu diadakan bagi berkongsi rancangan Pesta Raikan Ilmu tahun ini.
Jika selalunya ia diadakan pada sekitar Oktober, tahun ini ia akan diadakan lebih awal iaitu pada bulan Julai.
Beberapa acara utama juga akan dianjurkan pada setiap Sabtu sepanjang bulan depan di Punggol, Geylang Serai, Jurong East dan Admiralty.
Pelbagai kegiatan pembelajaran dan pendidikan buat seisi keluarga akan dianjurkan di kesemua 11 M³@Bandar dengan sokongan 30 rakan kongsi berbanding 22 rakan kongsi pada tahun lalu.
Aktiviti yang dirancang merangkumi pembangunan awal kanak-kanak, pendidikan aliran utama, pementoran belia dan juga pekerjaan dalam sektor yang sedang berkembang.
Ini sesuai dengan bidang tumpuan keempat M³ untuk sokongan pekerjaan dan meningkatkan daya bekerja.
Ia menyasarkan untuk menjangkau 20,000 peserta di acara yang diadakan secara fizikal dan lagi 35,000 lagi peserta bagi kegiatan yang diadakan secara online.
Tahun lepas, pesta Raikan Ilmu berjaya menarik 50,000 peserta, melepasi sasaran 20,000 peserta.
Persidangan Masyarakat Gemilang pada 8 Julai depan akan menghimpunkan para pemimpin belia dan karyawan muda.
Pada Sabtu berikutnya pula, Simposium MENDAKI akan dianjurkan bagi para penyelidik dan penggubal dasar berkongsi program-program masyarakat dan memikirkan bersama strategi bagi tangani isu daya kerja.
Acara #MakingConnections pula menghimpunkan bersama karyawan daripada pelbagai industri sedang berkembang supaya dapat meluaskan peluang mereka untuk pembangunan dan pembelajaran profesional.
Pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan nasional pula akan diraikan dalam acara kemuncak kempen Raikan Ilmu iaitu Anugerah MENDAKI pada 29 Julai.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.