MENDAKI akan perluas rangkaian karyawannya jelang tahun depan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian Profesional MENDAKI akan diperluaskan lagi menjelang akhir tahun depan.
Sehingga 13 rangkaian yang meliputi bidang-bidang seperti kemampanan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan awam akan ditubuhkan, berbanding lima sekarang.
Usaha terbaru itu diumumkan di sesi dialog #MakingConnections anjuran Yayasan MENDAKI pada Sabtu (22 Jul).
Buat masa ini hampir 420 karyawan muda yang sudahpun menyertai Rangkaian Profesional MENDAKI dan lebih ramai lagi dijangka menyertainya menjelang akhir tahun depan apabila sehingga 13 rangkaian yang meliputi bidang-bidang seperti kemampanan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan awam ditubuhkan.
"Kita telah membina daripada 5 sektor ke 13 sektor dan ini memberi kami peluang untuk membawa mereka yang telah, yang lebih berjaya untuk membantu anak-anak kita dalam bangku sekolah, dalam politeknik dan universiti juga, dan ITE untuk mendapatkan inspirasi daripada 'role models' yang boleh membantu mereka untuk lebih maju dalam pemilihan, dalam pembelajaran mereka dan memilih karyawan atau kerjaya yang lebih relevan, atau dalam sektor-sektor yang sedang berkembang," kata Encik Zaqy Mohamad, Timbalan Pengerusi, Mendaki.
Usaha tersebut turut dialu-alukan para karyawan yang sudahpun melakarkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan golongan belia.
"Kami banyak membuat mentoring untuk belia-belia dan juga professionals yang ingin bertukar industry daripada industry yang mungkin finance, atau sains dan mereka ada minat untuk memasuki bidang IT. Dan juga bertukar pendapat bagaimana mereka boleh pekerjaan sebagaimana dalam industry IT," ujar Nur Hakiima Zainol Abidin, peserta #MakingConnections.
Awal daripada itu, para karyawan daripada pelbagai sektor berkongsi pandangan dan idea untuk menggalak setiap individu memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan masyarakat.
Mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam yang menyertai dialog itu berkata adalah penting untuk membina kepercayaan dalam kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam yang ketinggalan.
Namun beliau menarik perhatian bahawa usaha memastikan tiada anggota masyarakat yang ketinggalan melibatkan semua warga di Singapura.
"Sekiranya anda mempunyai sebahagian besar anggota masyarakat yang tidak mempunyai harapan, ia memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Dan saya akan mengatakan ini bukan sahaja untuk masyarakat Melayu, tetapi untuk masyarakat Singapura," ujar Encik Tharman.
Beliau menambah: " Semua orang boleh mainkan peranan untuk membantu mereka yang ketinggalan dan tidak mempunyai harapan. Bak kata pepatah Melayu - “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
Acara tersebut disertai lebih 300 peserta.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.