Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI akan libatkan lebih ramai karyawan dari industri kejuruteraan: Masagos Zulkifli

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian karyawan MENDAKI bakal diperluaskan lagi dan akan melibatkan karyawan dari industri kejuruteraan pula.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli mendedahkan demikian menerusi catatan Facebook selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran MENDAKI semalam (6 Mei).

Acara tersebut turut dihadiri lebih 200 karyawan dari pelbagai sektor.

Setakat ini, MENDAKI telah bekerja rapat dengan para karyawan dalam sektor IT, sains hayat, penerbangan, penjagaan kesihatan serta perbankan dan kewangan.

"Melalui rangkaian ini, kami berharap dapat mengembangkan modal sosial para profesional kita dan mewujudkan peluang bagi para belia dan PMET kita untuk memasuki industri-industri pertumbuhan dan meraih pengalaman untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka," ujar Encik Masagos.

Dengan rangkaian yang terdiri daripada karyawan dengan pelbagai latar belakang, Encik Masagos berharap ia akan dapat membawa pengalaman dan kepakaran yang berbeza untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Beliau berkata, "Saya yakin bahawa kita boleh mempertingkatkan lagi masyarakat kita untuk terus maju. Bersama-sama, kita boleh memperkasa dan mengemudi masyarakat kita ke arah kejayaan."

Menerusi acara-acara yang dianjurkan MENDAKI, badan itu berharap lebih ramai karyawan akan tampil ke hadapan untuk menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan