Mencapai kesepakatan di Sidang Iklim COP29 lebih sukar kali ini, kata Grace Fu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata mencapai kesepakatan di Sidang Iklim COP29 kali ini ternyata lebih sukar.
Ini akibat kurangnya hala tuju yang jelas dari Kumpulan G20, serta dinamik Amerika-China yang berubah-ubah.
Walaupun wujud pelbagai cabaran itu, satu kata sepakat asas dicapai tentang bagaimana untuk
menggembleng sokongan kewangan bagi negara-negara membangun, dengan isu utama sekarang adalah jumlah sokongannya.
"Asas, struktur dan takrifannya, sudah dipersetujui. Sekarang sebenarnya tentang jumlahnya. Saya berharap kita dapat merundingkan jumlahnya lebih awal dalam prosesnya, namun ini yang berlaku.
"Tetapi sekurang-kurangnya sekarang, kita ada asas untuk merundingkan jumlahnya. Kami berharap strukturnya tidak terlerai sedang kita melangkah ke tahap akhir rundingan," kata Cik Fu.
Walaupun rundingan adalah penting, Cik Fu menekankan negara-negara tidak boleh membiarkan pihak lain memimpin usaha itu.
Sebaliknya Singapura akan terus mengambil peranan aktif untuk menawarkan kepimpinan pemikiran bagi tindakan iklim.
Ini termasuk memacu inisiatif dan menjalin kerjasama, terutama sekali sedang negara ini melihat kepada Sidang COP30 di Brazil tahun hadapan.
Singapura merancang untuk terus menyumbang kepada huraian-huraian iklim sejagat.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.