Skip to main content

Singapura

Mencabar namun pelajar keperluan khas sesuaikan diri dengan pembelajaran di rumah

Cabaran pembelajaran di rumah (HBL) bagi kanak-kanak berkeperluan khas lebih tertumpu kepada teknik penyampaian dan pembentangan pelajaran bagi menarik perhatian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cabaran pembelajaran di rumah (HBL) bagi kanak-kanak berkeperluan khas lebih tertumpu kepada teknik penyampaian dan pembentangan pelajaran bagi menarik perhatian mereka.

BERITAmediacorp menghubungi seorang guru didik tentang cara beliau memupuk keyakinan dan membantu anak saudaranya menyesuaikan diri mengikuti kelas secara online.

HBL BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Pembelajaran untuk pelajar berkeperluan khas juga tetap diteruskan walaupun berdepan kesulitan kerana tidak semua muridnya mahir dengan pembelajaran online.

Bagi pelajar MIJ Hub Ltd, Ika Syahmira Mohamed Syahid, ini termasuk menggunakan Zoom selain fokus dan mendengar arahan ketika belajar selama sesi dua jam itu.

Related article image

Ibu saudaranya, CIk Baddriah Hussin, 37 tahun, berkongsi: "Dari segi komputer riba, ada kesukaran tetapi kita dapat mengatasinya. Kita ajar dia, jadi dia pun dapat menangkap dengan cepat, jadi perlahan-perlahan okay.

"Dari segi suara, suara dia agak perlahan sedikit jadi kita ajar dia macam mana nak berhubung melalui Zoom itu, jadi suara lebih keluar."

KELAS FIZIKAL LEBIH SESUAI, NAMUN HBL LEBIH BAIK SEMASA PANDEMIK

Pelajar berusia 17 tahun itu mengalami Sindrom DiGeorge, yang menyebabkan berbagai gangguan kesihatan.

Ini biasanya merangkumi masalah jantung, ciri-ciri wajah tertentu, kelengahan pembangunan serta masalah pembelajaran.

Related article image

"Sebenarnya untuk kanak-kanak istimewa seperti Ika ini lagi bagus kalau kita adakan kelas sebab mereka lebih 'hands-on', 'one-to-one' dan fokus mereka pun 100%, manakala HBL pula di Zoom kadang-kadang ada sahaja yang mereka nak alihkan fokus.

"Tapi disebabkan pandemik saya rasa okay. Pasal Ika Syahmira pun seorang pesakit jantung, jadi adalah lebih baik kalau dia tak keluar," ujar Cik Baddriah.

Setakat ini, Ika sudah menukar injap jantungnya sebanyak dua kali akibat sindrom yang dialaminya itu.

Malah, bagi membantu Ika menyerap pembelajaran dengan lebih baik semasa HBL, Cik Baddriah juga harus mengulangkaji pelajaran bersama Ika supaya lebih 'melekat' di minda Ika.

"Bila kita ulang balik, ulang kaji selepas Zoom itu, dia ada macam sedikit kesukaran nak menjawab, jadi kita cuba tanya dia apa yang tadi diajar oleh cikgu, jadi kalau dia tak ingat, kita akan cuba ingatkan dia, dari situ dia akan ingat-ingat," jelas Cik Baddriah.

Kelas HBL Ika juga diadakan dalam kumpulan kecil seramai enam orang sahaja, dan ini sedikit sebanyak membantunya mengekalkan fokus secara online.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita