Menara Kawalan Changi dinaik taraf dengan pelaburan S$4 bilion bagi pertingkat sistem navigasi udara
Anggaran Waktu Membaca:
- CAAS melabur S$4 bilion secara berperingkat selama 15 tahun untuk menaik taraf Menara Kawalan Changi, Pusat Kawalan Trafik Udara dan sistem navigasi udara Singapura.
- Projek melibatkan pembinaan, penambahan kemudahan, serta penggunaan teknologi baharu seperti AI dan sistem digital, dengan beberapa fasa siap menjelang 2028 dan 2030.
- Langkah ini bertujuan menampung pertumbuhan trafik udara, meningkatkan keselamatan, serta memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan.
- CAAS juga memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan serantau untuk menyelaras aliran trafik udara dan berkongsi maklumat secara harian.
SINGAPURA: Menara Kawalan Changi dan Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura akan dinaik taraf dalam masa beberapa tahun akan datang menerusi pelaburan bernilai S$4 bilion bagi memperkukuh sistem navigasi udara negara ini.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Rabu (22 Jul) menyatakan bahawa pelaburan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun menerusi pembangunan sistem, infrastruktur dan teknologi baharu bagi memenuhi permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat.
Menara Kawalan Changi, yang mula beroperasi pada 1981, akan diperluaskan bagi menempatkan sistem baharu, selain kerja-kerja naik taraf pada bahagian luar bangunan dan pembinaan bangunan tambahan antara menara itu dengan Jewel Changi Airport.

Kerja-kerja tersebut dijadual bermula pada November dan dijangka siap menjelang hujung 2028.
CAAS menyatakan menara itu akan dilitupi perancah dan jaring keselamatan sepanjang tempoh kerja-kerja binaan, namun akan terus beroperasi seperti biasa.
Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura, yang turut beroperasi sejak 1981, juga akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memastikan operasi 24 jam tidak terganggu.

Fasa pertama projek itu sudah selesai, manakala fasa kedua dijangka siap menjelang hujung 2028 dengan penambahan bilik operasi baharu, ruang penyenggaraan serta kemudahan yang lebih baik untuk para kakitangan.
Lapangan Terbang Changi turut menepati sasaran untuk melaksanakan operasi tiga landasan menjelang hujung dekad ini apabila landasan ketiga dibuka untuk kegunaan penerbangan awam.
Ketua Pengarah CAAS Han Kok Juan berkata pelaburan itu penting bagi memastikan Singapura mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik udara pada masa hadapan.
SISTEM BAHARU
CAAS juga akan menggantikan atau menaik taraf lebih 30 sistem navigasi udara dengan memanfaatkan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pegawai kawalan trafik udara membuat keputusan dengan lebih pantas dan tepat.
Antara sistem utama ialah sistem pengurusan trafik udara generasi baharu yang dijangka siap pada 2030.
Sistem itu mampu mengendalikan sehingga sejuta pergerakan pesawat setahun serta memproses sekitar 4,000 kedudukan pesawat secara serentak dalam masa nyata, iaitu dua kali ganda kapasiti sistem sedia ada.
Bilangan stesen kerja pengawal trafik udara juga akan meningkat daripada 100 kepada 150.
CAAS turut memperkenalkan sistem menara kawalan digital bersepadu yang menggunakan kamera dan sensor bagi memberikan paparan digital masa nyata kawasan lapangan terbang kepada pengawal trafik udara.
Sistem itu membolehkan operasi dijalankan tanpa bergantung sepenuhnya kepada menara kawalan fizikal dan meningkatkan jumlah stesen kerja daripada 20 kepada 54.
Kerja-kerja pembangunan akan bermula pada Ogos dengan operasi awal dijangka bermula pada 2030, sebelum siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2030-an apabila Terminal 5 mula beroperasi.

CAAS turut membangunkan sistem pengurusan trafik udara berasaskan data yang menggunakan analitik ramalan untuk menjangka kesesakan lebih awal serta memudahkan pertukaran pelan penerbangan digital dengan syarikat-syarikat penerbangan dan penyedia perkhidmatan navigasi udara di rantau ini.
AI TINGKAT KECEKAPAN OPERASI
Selain menaik taraf infrastruktur, CAAS akan memperkenalkan beberapa aplikasi AI bagi meningkatkan produktiviti dan keselamatan operasi kawalan trafik udara.
Mulai 2027, CAAS akan menguji sistem perancang pelbagai sektor berkuasa AI yang membolehkan seorang pegawai menyokong dua hingga tiga sektor kawalan secara serentak.
CAAS turut membangunkan pembantu digital yang mampu meramal keadaan trafik dan cuaca, selain mencadangkan kaedah terbaik untuk menyusun pergerakan pesawat dan menangani gangguan operasi.
Lewat tahun ini, CAAS juga akan memulakan ujian langsung sistem automatik yang mengesan kesilapan pengulangan arahan antara juruterbang dengan pegawai kawalan trafik udara.
Menurut CAAS, teknologi itu dijangka mengurangkan insiden keselamatan seperti pencerobohan landasan dan kehilangan jarak selamat antara pesawat.

PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU
CAAS turut membangunkan sistem pengurusan aliran trafik udara berkuasa AI bagi membantu meramal ketidakseimbangan antara permintaan dan kapasiti ruang udara serta mencadangkan langkah penyelarasan.
Sejak September 2025, CAAS mengadakan panggilan harian bersama Pentadbiran Penerbangan Awam China dan Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong untuk berkongsi maklumat serta menyelaraskan aliran trafik udara.
Pihak berkuasa penerbangan dari Korea Selatan, Thailand dan Vietnam kini turut menyertai kerjasama tersebut.
Encik Han berkata Singapura akan terus melabur dalam teknologi dan memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi memastikan hab udara negara ini mampu memenuhi permintaan yang terus meningkat, selain menawarkan pengalaman penerbangan yang lebih lancar dan selamat.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.