Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menangani penuaan, ketidaksamarataan cabaran sosial dihadapi SG: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2022 06:06PM Dikemas Kini : 05 Dec 2022 09:08PM
SINGAPURA: Singapura menghadapi dua cabaran sosial yang genting - penuaan dan ketidaksamarataan.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, menangani dua cabaran ini menjadi keutamaan gerakan Melakar Hala Tuju Singapura.

Ia bermula dengan mengembangkan peranan Pusat Penuaan Aktif (AAC) untuk menjangkau lebih ramai warga tua yang mungkin hidup terpencil.

Misalnya, warga emas di AAC diajak sama-sama membuat persiapan bagi menyambut Krismas yang bakal menjelang.

Mewarnakan pokok Krismas dan menyertai acara permainan merupakan antara kegiatan yang disusun untuk mereka.

Usaha oleh AAC dianggap penting bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan warga senja.

"Dengan mengupaya warga emas meniti usia senja dalam masyarakat, kita mengurangkan risiko pengasingan sosial. Jika mereka tinggal dalam masyarakat - maksudnya tinggal dalam masyarakat tapi bersembunyi dalam flat masing-masing. Sebaliknya kami mahu mereka ada kawan, kegiatan sosial, melakukan senaman jasmani. Dengan itu, mereka boleh lambatkan atau elakkan rasa uzur dan kesihatan yang memburuk," kata Encik Ong.

Berucap di acara Melakar Hala Tuju Singapura berkaitan jagaan warga emas, Encik Ong turut menyentuh usaha meningkatkan mutu khidmat penjagaan sedemikian.

"Bagi warga emas dengan keperluan lebih kompleks, kita perlu pertingkat jagaan di rumah untuk bantu mereka kekal di rumah selama mungkin, daripada dihantar ke rumah jagaan. Khidmat jagaan perlu disesuaikan, responsif. Ini dapat dicapai, pertama jika ada sokongan daripada pihak hospital, dan kedua, jika dikirim dari pusat AAC berhampiran rumah warga emas," ujar Encik Ong.

Berikut adalah antara usaha bagi menangani isu-isu genting seperti penduduk semakin menua, di bawah gerakan Melakar Hala Tuju Singapura.

Contohnya, peranan AAC akan diperluas untuk menjangkau warga emas yang hidup menyendiri dan mengajak mereka untuk keluar dari flat mereka.

Ia dapat dicapai menerusi kunjungan rumah-ke-rumah.

AAC juga akan berganding dengan kelompok-kelompok kesihatan bagi memastikan warga emas mengambil ubat mereka dan menyertai pemeriksaan kesihatan secara rutin.

Terdapat rancangan untuk menambah bilangan AAC kepada 220 kesemuanya menjelang 2025.
Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan