Mempunyai dasar luar aktif penting bagi negara kecil seperti SG: Tharman
Anggaran Waktu Membaca:
BANDAR SERI BEGAWAN: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata mempunyai dasar luar yang aktif lebih penting bagi negara kecil seperti Singapura.
Ini bagi memastikan kepentingan negara dipenuhi di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Encik Tharman juga mahu menjadi seorang ketua negara yang aktif dan mengetengahkan kepentingan Singapura di luar negara menerusi peranannya sebagai Presiden mahupun pengerusi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Beliau berkongsi demikian dengan para wartawan di akhir Lawatan Negara pertamanya di Brunei.
"Apa yang penting ialah untuk mengadakan dasar luar yang aktif dengan pendekatan yang sering dilakukan dengan yang lain, dan menerusi pendekatan itu, untuk melahirkan pandangan kita sambil mencari cara untuk berterusan dan mengemas kini hubungan," menurut Encik Tharman.

"Jadi sebagai negara yang kecil, ia lebih bermakna untuk kita daripada kebanyakan untuk mempunyai dasar luar yang aktif. Bukan untuk membina negara seperti apa yang anda fikirkan tetapi memastikan kita boleh berkhidmat untuk kepentingan Singapura sedang dunia di sekeliling kita diubah," tambahnya.
SG & BRUNEI MEMPUNYAI HUBUNGAN ISTIMEWA & PERIBADI
Dalam pada itu, Encik Tharman turut menambah bahawa Singapura dan Brunei mempunyai hubungan yang istimewa bukan sahaja berlandaskan kepentingan strategik dan minat yang sama tetapi juga pada hubungan-hubungan yang peribadi.
"Hubungan peribadi sangat penting sebab pada akhirnya, ia merupakan hubungan berdasarkan kepercayaan," ujar Encik Tharman.
"Saya berpeluang untuk duduk bersama dan mengadakan perbualan bersama Sultan dan Putera Mahkota Billah dan anggota kerabat diraja lain, kedua-duanya dalam keadaan yang formal dan tidak formal dan saya mendapati ini sangat berharga," tambah beliau.
RAIKAN ULANG TAHUN 4 DEKAD HUBUNGAN DUA HALA
Tahun lalu sahaja, Singapura dan Brunei mengadakan sekurang-kurangnya 19 lawatan peringkat tinggi.
Sempena ulang tahun ke-40 hubungan Singapura dengan Brunei tahun ini, Encik Tharman berkata beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah bersetuju untuk mengadakan lawatan dan anjurkan aktiviti bersama untuk rapatkan lagi warga kedua-dua negara.

Di samping itu, pelbagai lagi bidang kerjasama strategik dipertimbangkan.
Antaranya usaha untuk meneroka projek-projek yang inovatif dan saling membawa manfaat termasuk dalam ekonomi hijau, yang digalak oleh kedua-dua pihak.
Selain itu, industri seperti akuakultur dan kewangan digital juga dikenal pasti sebagai bidang-bidang yang berpotensi.

"Kita melihat cabaran kemampanan misalnya. Ini merupakan salah satu cabaran utama bagi negara-negara kecil seperti Singapura dan Brunei. Di sini, kita melihat peluang di mana Singapura dan Brunei boleh bekerjasama dalam aspek kemampanan ini, dan kita melihat cabaran kita beralih daripada sumber-sumber tenaga lama kepada sumber-sumber tenaga baharu," menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
"Di sini kita lihat bagaimana Brunei boleh bekerjasama dengan Singapura kerana sebagai negara yang kecil, kita tahu bahawa kita tidak akan menggunakan sumber sebanyak negara-negara besar tetapi kita memerlukan sumber yang sedia ada supaya kita tidak akan menghadapi cabaran di mana sumber itu terhad," tambahnya.
LAWATAN TIGA HARI THARMAN KE BRUNEI BERAKHIR
Ini merupakan hari terakhir untuk Encik Tharman dan isteri serta delegasinya di Brunei.
"Kemesraan hubungan ini jelas sepanjang lawatan saya ke Brunei pada tiga hari ini, lawatan luar negara saya yang pertama. Selain pendekatan yang formal, saya dan isteri juga mempunyai perbualan bukan formal yang tidak dapat dilupakan bersama Sultan Hassanal Bolkiah and Raja Isteri untuk minuman teh, makan malam, jalan pagi dan makan siang," menurut Encik Tharman dalam satu kenyataan di Facebook.
Dalam kesempatan itu, Encik Tharman juga menanam pokok sebagai tanda peringatan.
"Sekiranya anda tertanya-tanya apa pokok yang saya dan Sultan tanam - ia merupakan pokok getah. Kita menanam mereka di Taman Mahkota Jubli Emas, di tepi Sungai Brunei berdekatan Kampong Ayer (kampung terbesar di atas air di Asia Tenggara)," jelasnya lagi.
Selain itu, Encik Tharman juga sempat berkunjung ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang mengakhiri lawatan negara tiga harinya di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.