Skip to main content

Singapura

Memperingati 200 tahun: Paparan kisah hidup Zubir Said serikan kemuncak Light to Night

Salah satu acara kemuncak pesta cahaya Light to Night sempena memperingati ulang tahun ke-200 Singapura adalah persembahan Sayang Di Sayang. Persembahan itu memaparkan kisah hidup tokoh ulung muzik Melayu Zubir Said yang lebih dikenali sebagai pencipta lagu kebangsaan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Salah satu acara kemuncak pesta cahaya Light to Night sempena memperingati ulang tahun ke-200 Singapura adalah persembahan Sayang Di Sayang. Persembahan itu memaparkan kisah hidup tokoh ulung muzik Melayu Zubir Said yang lebih dikenali sebagai pencipta lagu kebangsaan Singapura.

BERITAmediacorp berkesempatan bertemu anak tokoh ulung muzik itu bagi mengulas tentang persembahan tersebut.

Dr Rohana Zubir menyifatkan bapanya sebagai seorang yang sangat berdisiplin meskipun tidak berpendidikan tinggi.

"Beliau sendiri pendidikannya tidak begitu tinggi tetapi beliau banyak pengalaman dan mendidik dirinya sendiri supaya menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu hal iaitu muzik," kata Dr Rohana.

Mengulas lebih lanjut, Dr Rohana berkata bapanya pernah mengatakan sesuatu yang amat menyentuh hati ketika beliau menggubah lagu Majulah Singapura.

"Apabila dia menggubah lagu Majulah Singapura, dia mengatakan 'Itulah satu doa' untuk anak-anak muda di Singapura untuk maju ke depan.

"Jadi memang ia satu doa dan Singapura kini sekarang amat maju. Generasi mudanya amat giat dan mencapai kejayaan yang tinggi," tambah Dr Rohana.

"Kalau papa saya ada tentu beliau amat bangga sebab doa dia terkabul."  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita