Skip to main content

Singapura

Memerang berendam di CBD

Tiga ekor memerang dilihat berendam di dalam sebuah kolam air di luar bangunan pejabat One George Street di Kawasan Pusat Bandar (CBD) pada Ahad (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Memerang berendam di CBD

Seekor memerang dilihat berenang di dlam sebuah kolam hiasan di luar One George Street. (Gambar: Nel Jason Sanson)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 10:43PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 10:52PM

SINGAPURA: Tiga ekor memerang dilihat berendam di dalam sebuah kolam air di luar bangunan pejabat One George Street di Kawasan Pusat Bandar (CBD) pada Ahad (28 Okt).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih banyak penemuan memerang dilaporkan sedang haiwan itu merayau-rayau di luar kawasan taman dan terusan.

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook Nel Jason Sanson, dua ekor memerang dilihat berenang di dalam sebuah kolam hiasan pada sekitar 6.00 petang sebelum seekor lagi melompat ke dalamnya dari balik belukar.

Marjorie Chong, seorang pencinta memerang yang pentadbir kumpulan Ottercity berkata ketiga-tiga haiwan itu tinggal di satu bahagian Sungai Singapura. Haiwan tersebut sebelum ini pernah dikesan di beberapa tempat berbeza termasuk di Robertson Quay. 

Awal sebelum itu pada sekitar 5.00 petang semalam (28 Okt), haiwan tersebut dilihat berenang ke arah Boat Quay sebelum naik ke darat menuju ke arah Pickering Street dan One George Street, menurut beliau.

Ketiga-tiga ekor memerang itu juga dilihat sedang bersenang-senang di Sungai Singapura pada Sabtu (27 Okt), kata Cik Chong.

Related article image
Gambar tiga ekor memerang dilihat di kawasan Sungai Singapura. (Gambar: Ottercity)

Gambar tiga ekor memerang dilihat di kawasan Sungai Singapura. (Gambar: Ottercity)

Selepas beliau menonton video yang dimuatnaik oleh Encik Sanson, Cik Chong berkata haiwan tersebut mungkin sedang cuba mencari ikan di dalam kolam itu. 

Related article image
(Gambar: Nel Jason Sanson)

(Gambar: Nel Jason Sanson)

Cik Chong mempunyai beberapa nasihat bagi orang ramai yang terlihat memerang di kawasan bandar: 

  1. Pastikan anda berada pada jarak yang selamat
  2. Jangan mengejar haiwan itu kerana ini boleh menyebabkan haiwan tersebut menjadi bingung dan mungkin menyebarangi jalan raya untuk melarikan diri
  3. Hubungi hotline menyelamat Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) di +65 97837782

Ottercity, iaitu sebuah kumpulan Facebook yang dicipta oleh para pencinta memerang, mendokumentasikan memerang liar di Singapura. Haiwan tersebut pernah dikesan di Taman Bishan, Taman Pasir Ris dan Kolam Air Marina.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita