Memelihara keharmonian kaum & agama bukan mudah tapi mesti dilakukan, tegas Menteri MCCY
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mengekalkan keharmonian kaum dan agama bukan mudah namun Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menegaskan ia mesti dilakukan.
Buat julung-julung kalinya, Singapura meraikan nilai-nilai tersebut dengan menganjurkan satu pesta nasional - bukan sehari tetapi selama sebulan.
Encik Tong menambah, ia mengingatkan pentingnya perpaduan di dalam negara di tengah-tengah keadaan berpecah belah di merata dunia.
Acara pada Sabtu (22 Jul) mengajak rakyat Singapura untuk memakai pakaian etnik dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara.
Antaranya - tarian besar-besaran yang menampilkan gerak geri daripada pelbagai budaya tempatan.
Pihak penganjur juga berharap untuk mendampingi golongan muda melalui dialog dan aktiviti yang mendapat perhatian mereka termasuk berkaitan alam sekitar.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.