Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Membimbangkan: Bilangan kencing manis di kalangan kanak-kanak semakin meningkat

Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, melahirkan kebimbangan terhadap bilangan kanak-kanak menghidap penyakit kencing manis yang terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, melahirkan kebimbangan terhadap bilangan kanak-kanak menghidap penyakit kencing manis yang terus meningkat.

Lantaran itu, beliau menekankan pentingnya peranan ibu bapa untuk menerapkan pemakanan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan anak-anak dari usia yang muda lagi.

Berucap di forum mengenai penyakit kencing manis di Wisma Geylang Serai Ahad lalu (14 Okt), Dr Fatimah yang juga seorang pakar perubatan, menekankan kanak-kanak juga boleh menghidap kencing manis Jenis 2, seperti orang dewasa.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang perangkaan kencing manis dalam kalangan kanak-kanak Melayu. Namun Pemerintah tahun lalu mendedahkan, 17 peratus penduduk Melayu Singapura menghidap kencing manis.

JALANI PEMERIKSAAN KERANA MUNGKIN ANDA 'SENYAP-SENYAP' TERKENA

Dalam kalangan orang dewasa pula, separuh penduduk Melayu berusia 60 tahun ke atas mempunyai kencing manis.

(Gambar-gambar: BERITAmediacorp)

Maka itu Dr Fatimah turut menggesa masyarakat Melayu supaya mengambil langkah proaktif dalam kesihatan mereka, lebih-lebih lagi kerana sekitar 30 peratus tidak tahu-menahu mereka menghadapinya.

"Bagi mereka yang belum ada penyakit kencing manis, mereka harus prihatin, tahu dan pergilah jalani pemeriksaan. Ini penting kerana kadangkala tidak ada sebarang gejala dan tiba-tiba anda menghidap penyakit itu yang secara senyap sudah pada tahap-tahap permulaan," gesa Dr Fatimah Lateef.

Dr Fatimah juga memuji forum pendidikan seperti yang dianjurkan Persatuan Karyawan Jagaan Kesihatan Muslim (MHPA) di mana tujuh orang doktor tampil memberi pelbagai penjelasan tentang kencing manis - menyifatkannya sebagai penting dan baik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

PELBAGAI ISU DIBINCANGKAN, PERKASA PESERTA DENGAN ILMU, PENGETAHUAN

"Antara tajuk yang diketengahkan adalah tentang kencing manis semasa mengandung, masalah gigi, masalah buah pinggang mereka yang menghidapi kencing manis, dan juga tentang senaman yang selamat untuk bagi mereka yang mengalami penyakit itu," kongsi Presiden MHPA Dr Zuraimi Mohamed Dahlan.

Semestinya, forum dan acara seperti ini bermanfaat bagi golongan tua mahupun muda. Bagi Cik Mariyam Mahmood, salah seorang peserta yang ditemui BERITAmediacorp, beliau tekad menjalani gaya hidup sihat supaya tidak terkena penyakit itu.

"Seperti pengalaman saya sendiri, kedua ibu bapa saya pesakit kencing manis jadi dari situ, saya melakukan senaman, gaya hidup sihat jadi saya tidak memasuki ke dalam golongan seperti mereka," katanya.

Bagi menjadikan forum tersebut menjadi lebih menyeluruh, gerai-gerai turut disediakan oleh Geng Sihat bagi memperkasa para peserta dengan ilmu dan kemahiran dalam menangani penyakit kecing manis.

Acara yang disertai 250 orang itu disampaikan dalam Bahasa Melayu dan merupakan sebagian daripada acara Bulan Bahasa tahun ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan