Melindungi rizab negara 'bukan mudah difahami', George Goh dan Tan Kin Lian harus buktikannya; Ng Kok Song
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: "Bukan mudah untuk memahami" selok belok melindungi rizab, kata bakal calon presiden Ng Kok Song.
Meskipun Encik Ng percaya dirinya dan mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam memahami perkara tersebut, beliau percaya calon lain, Encik George Goh dan Encik Tan Kin Lian, masih harus membuktikan diri mereka.
Encik Ng berkata demikian dalam satu sesi dialog di Persatuan Suku Kaum Huang di Geylang pada Ahad (13 Ogos), sebagai menjawab soalan oleh seorang anggota tentang apa yang membezakan dirinya dengan bakal calon presiden lain.
Encik Ng berkata, selain tidak pernah menyertai sebarang parti politik, beliau juga mahir dalam perkara berkaitan dengan rizab negara, kerana pengalamannya selama 45 tahun dalam perkhidmatan awam, pertama di Kementerian Kewangan (MOF) dan kemudian di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), sebelum menjadi ketua pegawai pelaburan di syarikat dana milik negara, GIC.
Mengulas lebih lanjut kepada wartawan selepas acara itu, Encik Ng berkata beliau mempunyai fahaman lebih mendalam tentang rizab berbanding dua calon lain.
"Jika anda cuba untuk memahami tentang pentingnya melindungi rizab negara, anda akan sedar bahawa ia bukan perkara yang mudah," katanya.
Tambahnya, meskipun orang ramai boleh melayari laman web pemerintah untuk mencari maksud rizab, terdapat banyak perkara yang rumit yang mungkin tidak dapat difahami ramai.
Beliau menarik perhatian bahawa dengan mengetahui jumlah rizab yang wajar dikeluarkan Pemerintah, Presiden yang dipilih harus perlu memahami beberapa perkara.
"Dia harus memahami ekonomi global... sebab jumlah wang yang dikeluarkan itu perlu, kerana persekitaran berisiko yang sedang dialami ekonomi," katanya.
"Saya rasa ia perlukan kecekapan bidang kewangan, pemahaman dan ilmu tentang bagaimana ekonomi global berfungsi, bagaimana ekonomi Singapura terhubung kait dengan ekonomi global... kita tidak boleh menganggap ia satu perkara yang mudah."
Beliau berkata pengalamannya selama 45 tahun dalam membantu membina rizab melayakkannya untuk memahami "selok belok tentang rizab negara".
LEE KUAN YEW BERINYA INSPIRASI UNTUK BERTANDING
Ketika ditanya seorang lagi anggota persatuan suku kaum Huang tentang sebab beliau memutuskan untuk bertanding menjadi Presiden, Encik Ng berkata selain keinginannya untuk melindungi rizab negara, ia juga demi penghormatan kepada salah seorang pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew.
"Jika tidak kerana Encik Lee, seorang budak kampung seperti saya tidak mungkin boleh menjadi Presiden," katanya. "Jadi saya rasa berbesar hati dan ingin menghormati Encik Lee, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura."
Encik Ng berkata, beliau tidak melakukannya kerana wang, kerana perniagaannya harus dijual jika beliau dipilih sebagai presiden.
Keputusannya untuk bertanding juga bukan kerana kuasa, ingin menjadi popular atau mendapat nama, kerana beliau "tidak perlukan semua itu."
“Saya perlu menjelaskan kepada rakyat Singapura, mengapa pada usia saya, saya masih boleh melakukan sesuatu untuk Singapura,” kata pengerusi eksekutif Avanda Investment Management, sebuah syarikat pengurusan aset yang diasaskan bersama pada 2015.
Hari Penamaan calon untuk Pilihan Raya Presiden ialah 22 Ogos dan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden, yang mempunyai kata putus sama ada calon layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Perlembagaan, dijangka mengumumkan beberapa hari sebelum itu siapa antara empat calon yang layak bertanding.
Sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon yang layak, rakyat Singapura akan mengundi pada 1 Sep.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.