Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Melakar Hala Tuju S'pura: Perbincangan dilancarkan untuk bina bandar berdaya tahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2022 08:32PM Dikemas Kini : 19 Sep 2022 08:58PM
SINGAPURA: Bagaimanakah caranya untuk berkongsi beban kos akibat perubahan iklim dan cara-cara yang dapat membantu rakyat tempatan memanfaatkan peluang pekerjaan mesra alam?

Demikian merupakan antara topik yang diharap dapat dibincangkan dalam program Melakar Hala Tuju Singapura atau 'Forward Singapore',menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.

Ia merupakan satu siri perbincangan dengan orang ramai yang bertujuan untuk memperbaharui kompak sosial negara.

Cik Fu turut melancarkan perbincangan dalam usaha untuk menjadikan bandar ini lebih berdaya tahan dari segi iklim.

"Langkah menghijaukan industri sedia ada, seperti pengelektrikan sistem pengangkutan kita, lebih banyak sumber dan penghasilan cekap karbon serta pertumbuhan bahan tenaga yang boleh diperbaharui dan mesra alam juga akan mengubah pekerjaan sedia ada dan menghasilkan lebih peluang ekonomi baru," kata Cik Fu.

Dalam pada itu, Cik Fu menggesa orang ramai supaya memastikan bahawa tiada mana-mana rakyat Singapura dikecualikan semasa peralihan tersebut dan menyokong para pekerja untuk menimba semula serta meningkatkan kemahiran agar dapat kekal bekerja dan berdaya saing.

Cik Fu berkata demikian di forum alam sekitar tahunan, menandakan mulanya Minggu Tindakan Iklim.

Beliau juga menyeru orang ramai agar bertindak sebagai para penjaga negara ini.

Cik Fu menambah bahawa pihak pemerintah akan memimpin perubahan ini tetapi perbincangan juga harus dilakukan mengenai bagaimana rakan industri, masyarakat dan individu boleh memainkan peranan penting.

Mereka yang hadir turut membincangkan mengenai pelbagai cabaran dan peluang dalam peralihan lebih mesra alam.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan