Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MediShield Hayat mungkin akan boleh digunakan untuk rawatan ketagihan dadah

Rakyat Singapura yang ingin mendapatkan rawatan bagi ketagihan dadah dan minuman keras, tidak lama lagi mungkin boleh menggunakan MediShield Hayat bagi membantu membayar yuran perubatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Sep 2020 07:49PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 09:08PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang ingin mendapatkan rawatan bagi ketagihan dadah dan minuman keras, tidak lama lagi mungkin boleh menggunakan MediShield Hayat bagi membantu membayar yuran perubatan mereka.

Ini sekiranya saranan yang dikemukakan Majlis MediShield Hayat diluluskan.

Buat masa ini, tuntutan bayaran bagi rawatan akibat percubaan membunuh diri, sengaja mencederakan diri sendiri, ketagihan dadah dan minuman keras dikecualikan daripada perlindungan MediShield Hayat.

Majlis tersebut menyarankan untuk mengugurkan pengecualian kes sedemikian sebagai mengiktiraf peranan "semakin penting" yang dimainkan rawatan dalam proses pemulihan seseorang.

Langkah itu dialu-alukan para doktor yang mengatakan kos bagi rawatan sedemikian boleh mencapai jumlah yang tinggi, khususnya yang memerlukan rawatan jangka panjang.

Ia juga boleh membantu mengubah tanggapan terhadap pesakit tersebut.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan