Skip to main content

Singapura

MediFund agih dana S$164.1 juta kepada pesakit memerlukan pada tahun kewangan lalu

Anggaran Waktu Membaca:
MediFund agih dana S$164.1 juta kepada pesakit memerlukan pada tahun kewangan lalu

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 01 Dec 2022 07:28AM Dikemas Kini : 02 Dec 2022 08:10AM
SINGAPURA: Dana Endowmen Perubatan atau MediFund memberi bantuan jagaan kesihatan bernilai lebih S$164 juta kepada rakyat Singapura yang memerlukan untuk membiayai bil perubatan mereka pada tahun kewangan lalu.

Jumlah itu adalah S$7.2 juta lebih tinggi berbanding S$156.9 juta yang diagihkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan peningkatan itu disebabkan oleh lebih ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital awam dan poliklinik setelah sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Kebanyakan bantuan kewangan itu diberi kepada pesakit di institut kesihatan awam dengan sebanyak S$128.6 juta diberikan kepada pesakit di hospital dan poliklinik sepanjang tempoh tersebut, naik daripada S$120.3 juta pada tahun kewangan 2020.

Baki dana itu sebanyak S$35.5 juta diberikan kepada pesakit  yang menerima jagaan di kemudahan jagaan lanjut dan jangka panjang, yang menyusut sekitar S$1 juta daripada S$36.6 juta pada tahun kewangan tahun lalu.

Secara purata, S$912 diberikan bagi setiap rawatan di hospital dan S$95 bagi setiap rawatan pesakit luar.

Secara keseluruhannya, lebih 1.2 juta pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan MediFund, kata MOH, naik 7.4 peratus daripada tahun sebelumnya.
Sumber : Today/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita