Median pendapatan bulanan isi rumah SG langkaui S$12,000, naik 6.8% selepas diselaras dengan inflasi
Median pendapatan bulanan isi rumah di Singapura meningkat kepada S$12,446 tahun lalu, naik daripada S$11,558 pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 6.8 peratus selepas diselaraskan dengan inflasi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Median pendapatan bulanan isi rumah di Singapura meningkat kepada S$12,446 tahun lalu, naik daripada S$11,558 pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 6.8 peratus selepas diselaraskan dengan inflasi.
Selepas mengambil kira saiz isi rumah, median pendapatan bulanan isi rumah bagi setiap anggota meningkat sebanyak 7.5 peratus. Jumlah ini naik daripada S$3,837 pada tahun 2024 kepada S$4,160 pada tahun 2025. Kenaikan ini adalah nilai sebenar setelah ditolak dengan kesan kenaikan harga barang.
Perangkaan itu dikeluarkan pada Isnin (9 Feb) dalam laporan Trend Pendapatan Isi Rumah Utama 2025 oleh Jabatan Perangkaan Singapura (Singstat).
Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial selepas perangkaan tersebut diumumkan, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata bahawa gaji sebenar merentasi semua peringkat pendapatan meningkat sepanjang 10 tahun lalu.
“Ini bermakna bagi ramai pekerja dan isi rumah di Singapura, pertumbuhan gaji mengatasi inflasi,” kata beliau.
“Yang penting, pertumbuhan gaji adalah paling kukuh bagi pekerja berpendapatan rendah, dan lebih pantas berbanding mereka yang berada di peringkat pertengahan atau tertinggi.”
Laporan-laporan sebelum ini mengira pendapatan isi rumah berdasarkan pekerjaan, namun bermula dengan laporan 2025, takrif pendapatan isi rumah diperluaskan untuk merangkumi “pendapatan pasaran”, iaitu pendapatan daripada pekerjaan dan juga sumber bukan pekerjaan, menurut Singstat.
Isi rumah penduduk kini turut merangkumi isi rumah yang tidak mempunyai seseorang yang bekerja.
“Dengan penduduk yang semakin menua, terdapat peningkatan dalam peratusan isi rumah yang hanya terdiri daripada individu yang tidak bekerja berusia 65 tahun dan ke atas, yang tidak mempunyai pendapatan daripada pekerjaan, tetapi mungkin menerima pendapatan daripada sumber bukan pekerjaan seperti sewa, pelaburan dan anuiti,” tambah Singstat.
“Liputan yang diperluaskan ini membolehkan analisis pola pendapatan isi rumah yang lebih menyeluruh.”
Pendapatan bukan pekerjaan merangkumi faedah daripada simpanan atau baki Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dividen daripada pelaburan, sumbangan daripada isi rumah lain, pendapatan hasil kutipan sewa serta bayaran CPF atau insurans.
Apabila ditanya mengenai sumber data dan kemungkinan laporan yang tidak lengkap, Singstat menyatakan ia bergantung terutamanya kepada sumber pentadbiran seperti data CPF dan Depositori Pusat. Pendapatan lain, termasuk pelaburan yang dipegang bersama institusi kewangan, saham atau pendapatan hasil kutipan sewa, diperoleh melalui tinjauan dan lebih sukar untuk dijejaki.
Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan ini merupakan kali pertama Singapura mengeluarkan data pendapatan pasaran, sambil memaklumkan bahawa peningkatan dari segi kemewahan dan pertambahan jumlah pesara bermakna lebih banyak isi rumah kini menerima pendapatan daripada sumber bukan pekerjaan.
Pihak kementerian menyatakan bahawa terdapat kemungkinan jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah sedikit lebih rendah daripada keadaan sebenar bagi sesetengah kumpulan, terutamanya isi rumah yang lebih kaya. Ini kerana data pendapatan bukan pekerjaan dikumpulkan melalui kaedah tinjauan.
PERTUMBUHAN PENDAPATAN RENTASI DESIL
Semua kumpulan pendapatan, dari yang paling rendah hingga yang paling tinggi, mencatat kenaikan dalam purata pendapatan bagi setiap anggota keluarga sepanjang sedekad yang lalu.
Selepas diselaraskan dengan inflasi, kumpulan yang berpendapatan paling rendah mengalami kenaikan pendapatan sebanyak 10.5 peratus dalam masa lima tahun yang lalu, manakala kumpulan yang berpendapatan paling tinggi hanya mencatatkan kenaikan sebanyak 1.4 peratus.
Menurut Singstat, sebahagian isi rumah penduduk dalam kelompok 10 peratus terendah memiliki kereta, menggajikan amah, tinggal di hartanah privet atau mempunyai individu rujukan isi rumah berusia 65 tahun dan ke atas.
Pendapatan daripada pekerjaan kekal sebagai sumber terbesar pendapatan isi rumah, namun peratusannya merosot kepada 79.6 peratus pada 2025 berbanding 81.1 peratus pada 2024.
Bagi isi rumah dalam kumpulan pendapatan kedua hingga ke-10, sumber utama kewangan mereka adalah daripada pekerjaan. Namun, bagi isi rumah dalam kumpulan yang paling rendah, mereka lebih bergantung kepada pendapatan yang bukan pekerjaan.
Bagi kumpulan tersebut, pendapatan pelaburan, sebahagian besarnya faedah yang diperoleh daripada baki CPF, merangkumi 40.9 peratus daripada pendapatan isi rumah bagi setiap anggota. Pendapatan lain, kebanyakannya daripada bayaran CPF dan skim Pendapatan Seumur Hidup untuk Warga Emas, menyumbang sebanyak 37 peratus.
Bagi kumpulan pendapatan yang paling rendah, hasil sewa membentuk 3.2 peratus daripada pendapatan setiap anggota keluarga, manakala baki 19.2 peratus lagi datang daripada pekerjaan.
PINDAHAN, CUKAI DAN KETIDAKSAMAAN
Isi rumah dalam kumpulan pendapatan pertama hingga ketujuh menerima lebih banyak dalam bentuk pindahan pemerintah berbanding jumlah cukai yang dibayar.
Secara purata pada 2025, isi rumah penduduk menerima S$7,300 bagi setiap anggota isi rumah dalam bentuk pindahan pemerintah, turun daripada S$7,725 pada 2024. Ini dikaitkan dengan berakhirnya skim sekali sahaja yang diperkenalkan pada 2024, termasuk Pakej Majulah dan Bayaran Khas Kos Sara Hidup.
Para penduduk yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) satu dan dua bilik terus menerima sokongan paling besar, dengan purata S$16,510 bagi setiap anggota isi rumah, lebih daripada dua kali ganda purata keseluruhan.
Bagi setiap dolar cukai yang dibayar oleh isi rumah berpendapatan rendah, mereka menerima kira-kira S$7 dalam bentuk manfaat, kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Isi rumah berpendapatan sederhana menerima kira-kira S$2 bagi setiap dolar cukai yang dibayar, manakala golongan yang berada pada kedudukan 20 peratus teratas menerima sekitar S$0.20, kata beliau.
“Jadi semua menyumbang, tetapi mereka yang berkemampuan menyumbang lebih banyak. Dan semua mendapat manfaat, tetapi mereka yang mempunyai keperluan lebih besar menerima jauh lebih banyak. Dan begitulah cara kami memastikan sistem kami adil dan saksama.”
Koefisien Gini, yang mengukur ketidaksamaan pendapatan, jatuh ke paras terendah dalam rekod. Koefisien Gini bernilai 1 menunjukkan ketaksamaan yang sempurna, manakala angka yang lebih rendah menunjukkan ketidaksamaan pendapatan yang lebih kecil.
Berdasarkan takrif baharu pendapatan pasaran isi rumah, koefisien Gini Singapura turun kepada 0.452 pada 2025 daripada 0.460 pada 2024, yang merupakan paras terendah sejak rekod tersebut dimulakan pada 2014, menurut Singstat.
Selepas mengambil kira pindahan pemerintah dan cukai, angka itu turun lagi kepada 0.379, juga yang terendah sejak rekod dimulakan pada 2015.
Menurut MOF, koefisien Gini berdasarkan pendapatan pasaran adalah lebih tinggi kerana ia merangkumi pendapatan bukan pekerjaan dan kumpulan isi rumah penduduk yang lebih luas, termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada pekerjaan.
Penggabungan pendapatan daripada pekerjaan dan bukan pekerjaan menghasilkan pengagihan yang lebih sekata, sekali gus menurunkan koefisien tersebut, manakala peluasan takrif isi rumah penduduk pula meningkatkannya, tambah MOF.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.