Skip to main content

Singapura

Mediacorp terbit video muzik berbilang bahasa sempena SG60

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp terbit video muzik berbilang bahasa sempena SG60

Petikan dari video muzik 'Steady Like One Gang'. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 07 Aug 2025 09:56PM Dikemas Kini : 07 Aug 2025 09:57PM
SINGAPURA: Lagu Hari Kebangsaan dan 'vibes' yang menyemarakkan sering wujud seiringan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan SG60, Mediacorp menerbitkan video muzik baharu yang berjudul 'Steady Like One Gang'.

Video muzik selama 95 saat itu meraikan kerencaman masyarakat majmuk di Singapura dan menampilkan seni kata lagu dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.
Ia turut menampilkan artis-artis dan DJ seperti DJ stesen radio Yes 933 Gao Mei Gui dan Zhu Zeliang, penyanyi tempatan Shazza dan DJ stesen radio Oli 968 Ravi G.

Video itu turut memberi penghormatan kepada rakyat Singapura - dengan berlatarbelakangkan tempat-tempat di kawasan kejiranan seperti kedai kopi.

Video muzik 'Steady Like One Gang' boleh ditonton melalui mewatch dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita