Mediacorp, SP perbaharui perjanjian pupuk barisan karyawan media
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mediacorp dan Politeknik Singapura (SP) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) bagi menyediakan penuntut dengan latihan kerja dan pelbagai peluang untuk mempelajari tentang industri media.
Perjanjian tiga tahun itu menggariskan sebilangan program dan inisiatif, dengan tujuan memupuk kumpulan karyawan media berkemahiran.
Sebagai contoh, pakar subjek dari Mediacorp, yang juga syarikat induk CNA, akan menjalankan sesi perkongsian mengenai trend, norma dan apa yang boleh dijangkakan dalam industri media.
Para penuntut juga boleh meneroka projek audio siar atau podcast dengan meLISTEN atau mendapatkan pengalaman industri dengan melakukan kerja bebas bagi penerbitan kandungan atau acara.
"Perjanjian strategik selama tiga tahun itu dikhususkan untuk memupuk penuntut SP dengan memperdalam libat urus dengan ekosistem media tempatan dan melengkapi mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi permintaan industri sebaik sahaja tamat pengajian," menurut politeknik itu pada Khamis (7 Mac).
Aspek utama kolaborasi itu adalah penubuhan agensi penciptaan kandungan digital Media, Seni dan Reka Bentuk (MAD) SP yang dipanggil Re/Define.
Ia akan bekerjasama dengan You Got Watch dan Clarity oleh Mediacorp bagi menerbitkan kandungan yang dikhaskan secara eksklusif untuk belia, jelas SP.
MOU itu dimeterai sedang SP meraikan ulang tahunnya ke-70 tahun. Politeknik itu menyatakan ia memberi "lebih banyak penekanan" kepada gabungan industri bagi memastikan penuntut terus dapat menyesuaikan diri dan bersedia menempuhi industri.
"Kami bertujuan memupuk barisan bakat yang kreatif dan mempunyai minat mendalam yang bersedia mengemudi cabaran dinamik industri," kata pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SP Soh Wai Wah.
CEO Mediacorp Tham Loke Kheng berkata: "Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan SP dalam berkongsi ilmu dan kepakaran kami dalam industri, serta menyediakan peluang bagi penuntut untuk mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dalam kelas."

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.