Mediacorp pecat pekerja lelaki atas kelakuan mencurigakan di tandas wanita di pejabat
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Mediacorp di One-North.
SINGAPORE: Mediacorp menyatakan pada Selasa (10 Jun) bahawa ia memecat seorang pekerja lelaki dengan serta-merta selepas dia didapati "berkelakuan mencurigakan" di dalam tandas wanita di premis syarikat.
"Keselamatan dan kesejahteraan pekerja kami adalah amat penting bagi kami, dan kami tetap komited untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan penuh hormat untuk semua," menurutnya dalam satu kenyataan.
Mediacorp menambah bahawa perkara itu diserahkan kepada pihak polis dan individu tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Mediacorp sudah menghubungi pihak polis untuk maklumat lanjut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.