Mediacorp, Moove Media, SBS Transit meterai perjanjian tayangkan kandungan di stesen MRT, pusat pertukaran bas
Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang berjalan di hadapan paparan Moove Media di stesen MRT Dhoby Ghaut pada 9 Julai 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Mediacorp, Moove Media dan SBS Transit memeterai perjanjian pada Khamis (9 Jul) untuk menayangkan kandungan di 52 stesen MRT dan 15 pusat pertukaran bas pengendali pengangkutan tersebut.
Sebagai permulaan, tajuk utama berita dari CNA akan ditayangkan pada sekitar 150 skrin digital di seluruh rangkaian pengangkutan.
Kandungan itu akan disediakan kepada lebih 3 juta perjalanan penumpang setiap hari, yang merangkumi 70 peratus daripada perjalanan ulang alik harian penumpang di Singapura.
Memorandum persefahaman yang dimeterai antara ketiga-tiga syarikat itu ditandatangani di stesen MRT Dhoby Ghaut pada Khamis, di mana sebuah skrin seluas dua meter menayangkan tajuk utama berita terkini dari CNA dengan kod QR tertera untuk membaca artikel penuh secara online.
SBS Transit mengendalikan MRT Laluan Timur Laut dan Laluan Downtown.
"Kerjasama dengan Moove Media dan SBS Transit ini membolehkan kita untuk meluaskan perkongsian laporan-laporan Mediacorp, berita dan hiburan dalam perjalanan harian penumpang, di samping mewujudkan peluang baharu bagi jenama-jenama mendampingi para penonton secara bermakna dan boleh diukur," kata CEO Mediacorp Tham Loke Kheng.

Ketiga-tiga syarikat menyatakan dalam satu kenyataan media bersama bahawa kerjasama itu memberikan tumpuan kepada tiga bidang utama.
Ini termasuk mendekati pengguna dengan membawakan kandungan dan pengalaman yang diyakini lebih dekat kepada para penumpang serta huraian pengiklanan bersama melalui tawaran bersepadu, merentasi pelbagai platform untuk para pengiklan.
Ia juga akan mempertimbangkan kerjasama platform bagi meneroka peluang baharu yang "memanfaatkan kekuatan bersama ketiga-tiga pertubuhan".
Ketiga-tiga syarikat menyatakan kerjasama itu bertujuan menjadikan perjalanan harian lebih informatif, menarik dan terhubung.
"Para penumpang boleh mengalu-alukan pengalaman kandungan yang disesuaikan dan kemas kini berita diyakini yang akan menyuntik kesegaran pada ruang transit, menambah baik perjalanan harian serta memupuk hubungan komuniti yang lebih erat," katanya.
Bagi para pengiklan, perkongsian itu akan meneroka huraian bersepadu meliputi ekosistem kandungan Mediacorp dan rangkaian transit luar rumah Moove Media.
"Ini mungkin merangkumi tawaran pengiklanan secara pakej, kempen rentas platform yang disesuaikan khusus serta keupayaan pengukuran penonton yang dipertingkatkan, yang membolehkan keupayaan menentukan jumlah penonton dan membolehkan pengiklan berinteraksi dengan pengguna merentasi pelbagai skrin dan ruang dengan tahap kerelevanan yang lebih tinggi serta impak yang boleh diukur," tambah mereka.
Sebagai permulaan, hanya tajuk utama berita akan dipaparkan, tetapi kerjasama di masa hadapan seperti coretan rancangan TV popular oleh Mediacorp dan ciri-ciri utama daya tarikan di sekitar nadi pengangkutan boleh diterokai, kata Kumpulan CEO SBS Transit Jeffrey Sim.
Berhubung sebab mengapa tajuk utama berita dipilih untuk melancarkan kerjasama itu, Encik Sim berkata ia "adalah penting para penumpang kami dimaklumkan mengenai perkembangan terkini".
Beliau menambah terdapat rancangan untuk menambah jumlah skrin paparan di seluruh rangkaian pengangkutan.
Kandungan bagaimanapun tidak akan dipaparkan dalam MRT atau bas.
CEO Moove Media Jeffrey Kwek berkata Mediacorp boleh dipercayai untuk menyampaikan berita yang tepat.
"Ia sangat penting bagi seorang pengguna atau penumpang; ia sebuah wadah media diyakini yang anda boleh akses semasa dalam perjalanan bagi memastikan maklumat yang anda baca itu boleh dipercayai dan tepat," katanya.
Cik Angeline Poh, ketua pegawai pembangunan korporat dan pelanggan di Mediacorp berkata SBS Transit dipilih sebagai rakan kongsi kerana ia merupakan aspirasi Mediacorp untuk "mendampingi semua orang setiap hari".
"Menjalinkan kerjasama dengan SBS Transit memberi kita peluang untuk menjadikan rangkaian online dan udara kita sebagai titik sentuh di darat, secara peribadi," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.