Mediacorp meterai 5 MOU dengan pelbagai syarikat luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
Kampus Mediacorp.
SINGAPURA: Rangkaian media utama Singapura, Mediacorp, memeterai 5 memorandum persefahaman (MOU) dengan pelbagai syarikat dari negara seperti Jepun dan Thailand.
Ia akan meneroka penerbitan rancangan pelbagai genre seperti filem seram dan kisah cinta serta siri realiti TV tanpa skrip.
Ketua Pegawai Kanan Mediacorp Virginia Lim berkata: "Bidang mencipta kandungan kini semakin sarat dengan persaingan dan mencabar. Jadi peluang seperti ini membuka pintu kepada semua bakat kreatif dan bakat lakonan, membantu kami menyediakan lebih banyak peluang bagi keseluruhan ekosistem, meningkatkan jumlah penerbitan.
"Supaya kita boleh ikut serta dalam projek lain, bukan hanya projek di Singapura."
Di majlis pemeteraian MOU itu, Mediacorp turut menayangkan pratonton ringkas rancangan baharunya, termasuk dokumentari yang pernah meraih anugerah dan siri yang diterbitkan bersama rakan kongsi global.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.