Skip to main content

Singapura

Mediacorp lancar 2 inisiatif baharu sokong Cabaran Presiden 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp lancar 2 inisiatif baharu sokong Cabaran Presiden 2024

(Gambar: President's Challenge/Facebook)

SINGAPURA: Mediacorp selaku badan penyiaran negara akan meningkatkan sokongannya kepada Cabaran Presiden tahun ini.

Kali ini, akan ada dua insiatif baharu.

Ini termasuk kempen publisiti seluruh negara yang memaparkan para penerima bantuannya.

Satu lagi inisiatif akan menyaksikan dua pasukan menyasar untuk berjalan lebih 90 kilometer dalam acara 'Walkathon' selama 12 jam.

Acara tahunan mengumpul dana itu juga akan menyaksikan Cabaran Malam Presiden kembali diadakan.

Ia bakal memaparkan barisan artis Mediacorp dan bintang-bintang antarabangsa.

Rancangan itu juga akan menyajikan persembahan kebudayaan seperti tarian gabungan Cina dan India.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita