Mediacorp kembali anjurkan Tandang Sahur, sentuh hati penghuni RKM
Anggaran Waktu Membaca:
Di kalangan selebriti yang rewang dalam Tandang Sahur 2025 - siap menjamu anak-anak RKM. (Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Ketika kebanyakan orang masih lena dibuai mimpi, 100 selebriti, kakitangan Mediacorp dan Persatuan Muhammadiyah melakukan sesuatu yang memerlukan pengorbanan.
Seawal jam 3.30 pagi Selasa (18 Mac), mereka mengunjungi Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Pasir Ris ini untuk bersahur bersama lebih 40 penghuni.

Inisiatif Tandang Sahur anjuran Mediacorp yang kembali diadakan selepas 10 tahun membawa keceriaan dan keberkahan kepada penghuni RKM, terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.
Ketua Editor Berita dan Ehwal Semasa Mediacorp, Sujadi Siswo, yang juga Ketua Hubungan Masyarakat Melayu Mediacorp, berkata bahawa acara ini bukan sahaja untuk mendekati masyarakat, tetapi juga untuk memberi semangat kepada anak-anak di RKM.
"Indahnya Ramadan itu juga boleh berlaku di mana-mana waktu dalam rangka Ramadan dan hari ini kita lihat waktu sahur dan ia mempunyai keberkahannya tersendiri. Jadi pemilihan sahur sebagai aktiviti Mediacorp untuk mendekati masyarakat itu, terbukti ada banyak keberkahan dan kelebihannya. Kedua adalah untuk menyuntik semangat kepada anak-anak di RKM itu.
"Pada pertengahan Ramadan kadang-kadang semangat itu sudah lentur sedikit. Jadi dengan kehadiran personaliti dan artis tempatan kita itu menyuntikkan kesegaran, memberikan keceriaan supaya anak-anak RKM terus mengakhiri Ramadan dengan sempurna dan melihat kepada apa yang mereka telah capai sejauh ini," kata Encik Sujadi.

Acara seperti ini benar-benar menyentuh hati mereka yang mengambil bahagian.
Hos acara, DJ Radio WARNA 942, Aura Shai, turut merasakan kesan mendalam daripada pengalaman ini.
"Kami berada di sini pada hari ini untuk meriahkan lagi adik-adik dan suasana di Muhammadiyah. Mudah-mudahan dengan adanya teman-teman selebriti di sini, dapatlah sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada adik-adik kita untuk untuk terus melayari ujian-ujian hidup dan mengejar impian mereka insyaAllah," dedah Aura Shai.
Personaliti lain yang turut hadir untuk meriahkan acara ialah Taufik Batisah, Jatt Ali, Rahila Rashun, Nurul Aini, Farhana M Noor, Syarif SLEEQ, Fadli Kamsani, Junaidi Sali, Yuslina Yussof, Hans Hamid, dan Iskandar Shah.
"Tandang Sahur ini satu inisiatif yang saya sokong sangat-sangat. Saya suka suasana di sini. Ini sekarang jam 5 pagi. Kita sedang bergotong-royong dengan rakan-rakan artis kita dan juga kawan-kawan di Muhammadiyah. Saya rasa ini satu inisiatif yang membuat kita lebih bersatu. Kita boleh gotong-royong dan kadang-kadang kita di rumah ambil perkara sambil lewa. Dan saya rasa di sini juga kita dapat semarakkan semangat bersahur. Dan saya betul-betul berharap yang Tandang Sahur akan kembali lagi secara tahunan," luah Iskandar Shah,Pelakon dan peserta Tandang Sahur.
Sebagai tanda mata, sampul hijau dan cenderahati turut disampaikan kepada penghuni RKM pada penghujung acara.

SENYUMAN PADA WAJAH ANAK-ANAK RKM PAPARAN RASA MEREKA DIHARGAI
Acara Tandang Sahur anjuran Mediacorp membawa makna yang mendalam bagi penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), terutamanya dengan lokasi baru mereka di Pasir Ris.
Acara itu diadakan buat pertama kalinya di kawasan baru sejak RKM berpindah dari Bedok North pada tahun 2021.
Menurut Pengarah Perhubungan Korporat dan Sumber RKM, Rubiah Abdul Latip, acara itu bukan sahaja memberi kenangan manis, tetapi juga menggambarkan sokongan yang berterusan daripada masyarakat.
"Sangat bermakna kerana pertama kalinya acara ini diadakan di lokasi baru kami di Pasir Ris Road sejak kami berpindah dari Bedok North pada tahun 2021. Tentu sekali acara Tandang Sahur ini terakam sebagai satu kenangan manis dalam lembaran baru RKM di Pasir Ris. Acara itu juga membuat kami terasa teruja kerana ia merupakan satu sokongan berterusan dari pelbagai lapisan masyarakat. Dan badan-badan bantu diri seperti RKM sangat mengalu-alukan dan menghargai usaha-usaha seperti ini," kongsi Cik Rubiah.

Beliau turut menekankan bahawa acara itu memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak RKM yang berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti tempatan.
"Menilai daripada senyuman yang terukir di wajah anak-anak RKM hari ini, di mana mereka dapat makan semeja bersama selebriti dan berinteraksi, nampak jelas yang mereka ini sangat gembira hari ini. Peluang seperti ini mungkin sesuatu yang mereka tidak jangkakan. Harapan kami, semoga acara ini akan membuat mereka merasa diri mereka dikasihi dan dihargai," tambahnya.
Semoga memori manis ini meninggalkan kesan positif dalam diri mereka menjelang Lebaran.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.