Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp, ESPN meterai perjanjian; penerbit sukan pertama sertai Rangkaian Rakan Mediacorp

Wadah online Mediacorp, termasuk channelnewsasia.com, akan mempunyai kandungan ESPN dalam bulan-bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, ESPN meterai perjanjian; penerbit sukan pertama sertai Rangkaian Rakan Mediacorp

Dari kiri: CEO Mediacorp Tham Loke Kheng, Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp Parminder Singh, Pengurus Besar ESPN bagi Asia Tenggara Lance Peatey dan Naib Presiden merangkap Pengurus Besar EMEA Charles Classen.

Diterbitkan : 06 Aug 2018 08:01PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 08:17PM

SINGAPURA: Wadah online Mediacorp, termasuk channelnewsasia.com, akan mempunyai kandungan ESPN dalam bulan-bulan akan datang.

ESPN, yang memiliki soccernet dan cricinfo, adalah penerbit sukan digital terkemuka di dunia.

Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian itu di sebuah majlis di kampus Mediacorp pada Isnin (6 Ogos).

ESPN juga akan melancarkan laman web edisi tempatan, iaitu espn.com.sg, menjelang akhir tahun ini.

Ia akan menyampaikan berita sukan tempatan dan global.

Perjanjian itu juga akan memberi ESPN pendedahan kepada portfolio pengiklanan dan penonton Mediacorp.

Perkongsian secara rasmi itu akan berkuatkuasa pada 20 Ogos. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan