Mediacorp bakal siarkan Sukan SEA ke-32
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Para penyokong Team Singapore akan berpeluang menyaksikan para atlit negara beraksi di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 dari 5 hingga 17 Mei melalui wadah-wadah Mediacorp.
Liputan langsung dan sorotan utama temasya sukan tersebut juga akan disediakan di Saluran 5, khidmat hiburan digital mewatch dan YouTube.
Dengan Kemboja sebagai tuan rumah buat pertama kalinya, pertandingan berbilang sukan yang diadakan dua tahun sekali itu akan menampilkan seramai 558 atlit dari Team Singapore, satu paras rekod, yang akan bertanding dalam 30 sukan, termasuk acara renang, acara terjun cantik dan papan anjal, badminton, bola sepak dan tenis meja.
Acara pembuka tirai dan penutup Sukan SEA masing-masing pada 5 Mei dan 17 Mei akan disiarkan secara langsung di Saluran 5, mewatch dan YouTube.
Liputan langsung bagi acara-acara popular - dengan tumpuan kepada Team Singapore - juga akan disiarkan melalui tiga saluran yang dikhususkan di mewatch, bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan bola sepak lelaki mulai 29 April.
Para penonton juga boleh menjangkakan:
Sukan Para ASEAN, yang akan berlangsung dari 3 Jun hingga 9 Jun, akan menampilkan 26 atlit Team Singapore yang ikut bertanding dalam olahraga, badminton, boccia, angkat berat 'powerlifting', acara renang dan tenis meja.
Liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12 disiarkan berikutan tawaran berbilang platform baru-baru ini bagi acara sukan utama, termasuk Piala Dunia FIFA 2022, serta yang menampilkan atlit Team Singapore, seperti Sukan Komanwel Birmingham 2022, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Log masuk ke meconnect untuk menyaksikan Sukan SEA ke-32 di mewatch secara percuma.
Maklumat lanjut disediakan melalui laman Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

- Liputan terpilih di Saluran 5, melalui 'Daily Action at the Games, antara 6 Mei hingga 16 Mei, dari 6.00 petang hingga 9.00 malam pada hari-hari biasa dan 3.00 petang hingga 7.00 malam pada hujung minggu
- Sorotan harian di 'Today at the Games' yang bersiaran dari 9.30 malam hingga 10.00 malam bagi tempoh yang sama
- Rumusan prestasi Team Singapore dalam 'Summary of the Games' pada 17 Mei, dari 7.30 malam hingga 8.00 malam
- Kemas kini tergempar akan dikongsikan di semua buletin berita, stesen radio dan portal berita digital Mediacorp seperti CNA, CNA938, TODAY, 8world, BERITA Mediacorp dan Seithi
- Sorotan dan detik kemenangan Team Singapore juga akan disediakan melalui Mediacorp Entertainment di YouTube dan wadah-wadah media sosial Mediacorp
Sukan Para ASEAN, yang akan berlangsung dari 3 Jun hingga 9 Jun, akan menampilkan 26 atlit Team Singapore yang ikut bertanding dalam olahraga, badminton, boccia, angkat berat 'powerlifting', acara renang dan tenis meja.
Liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12 disiarkan berikutan tawaran berbilang platform baru-baru ini bagi acara sukan utama, termasuk Piala Dunia FIFA 2022, serta yang menampilkan atlit Team Singapore, seperti Sukan Komanwel Birmingham 2022, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Log masuk ke meconnect untuk menyaksikan Sukan SEA ke-32 di mewatch secara percuma.
Maklumat lanjut disediakan melalui laman Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.