Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp akan siarkan lagi 5 Siaran Politik Kawasan Undi

Mediacorp akan menyiarkan lagi lima Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) bagi Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) pada Ahad (5 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp akan siarkan lagi 5 Siaran Politik Kawasan Undi
Diterbitkan : 05 Jul 2020 09:35AM Dikemas Kini : 05 Jul 2020 09:37AM

SINGAPURA: Mediacorp akan menyiarkan lagi lima Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) bagi Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) pada Ahad (5 Jul).

Siaran politik itu akan bersiaran pukul 7.00 malam di Saluran 5, CNA938, cna.asia, 8world.com, YouTube CNA, Facebook CNA dan TODAY.

Kelima-lima siaran politik kawasan undi pada malam ini adalah bagi GRC Jalan Besar, GRC Jurong, SMC Kebun Baru, SMC MacPherson dan GRC Marine Parade.

Masa siaran yang diperuntukkan bagi parti-parti politik adalah seperti berikut:

(Insert Table)

Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), susunan bagi siaran politik malam ini adalah mengikut urutan abjad setiap kawasan undi.

Siaran politik kawasan undi akan dimulakan oleh parti penyandang jawatan yang kemudian akan disusuli oleh para calon daripada parti-parti lain.

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, siaran politik kawasan undi diperkenalkan hanya untuk pilihan raya kali ini di mana parti-parti politik dan para calon mereka diberikan lebih banyak masa siaran untuk menyampaikan ucapan masing-masing kepada para pengundi.

Pada Sabtu (4 Jul), siaran politik kawasan undi diperuntukkan bagi GRC Chua Chu Kang, GRC East Coast, GRC Holland-Bukit Timah, SMC Hong Kah North dan SMC Hougang.

Siaran Politik Kawasan Undi adalah sebahagian daripada liputan menyeluruh Mediacorp bagi GE2020 yang disampaikan dalam empat bahasa untuk semua platformnya.

Sumber : CNA/AW/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan