Skip to main content

Singapura

Mediacorp akan siarkan F1 Grand Prix S'pura hujung minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp akan siarkan F1 Grand Prix S'pura hujung minggu ini

(Gambar: Singapore Grand Prix/Facebook)

SINGAPURA: Para peminat sukan lumba kereta akan berpeluang menyaksikan Formula One (F1) Grand Prix Singapura 2022 antara 30 September hingga 2 Oktober melalui pelbagai wadah Mediacorp. 

Khidmat hiburan digital Mediacorp, meWATCH dan Saluran 5 akan menyiarkan liputan langsung sesi latihan dan perlumbaan pada waktu berikut: 

1. Sesi Latihan 1 pada 30 September dari pukul 5.55 petang hingga 7.05 malam
- Siaran langsung di Saluran 5 juga akan disiarkan secara serantak di meWATCH

2. Sesi Latihan 2 pada 1 Oktober dari pukul 12.30 tengah malam hingga 2.00 pagi 
- Siaran tertunda di Saluran 5 juga akan disiarkan secara serentak di meWATCH

3. Sesi Latihan 3 pada 1 Oktober dari pukul 5.55 petang hingga 7.05 malam
- Siaran langsung di Saluran 5 juga akan disiarkan secara serentak di meWATCH

4. Perlumbaan Kelayakan pada 1 Oktober pada pukul 8.55 malam hingga 10.15 malam 
- Siaran langsung di Saluran 5 juga akan disiarkan secara serentak di meWATCH 

5. Perlumbaan Utama pada 2 Oktober dari pukul 7.40 malam hingga 10.30 malam
- Siaran langsung di Saluran 5 juga akan disiarkan secara serentak di meWATCH 

Mediacorp juga akan menyiarkan acara-acara sukan lain seperti edisi ketiga kejohanan golf Piala Hana Financial Group 2022 dan acara lumba basikal Tour de France Prudential Singapore Criterium. 

Piala Hana Financial Group 2022 akan disiarkan secara langsung dan atas dasar 'ikut permintaan' di meWATCH pada 29 September dan 1 Oktober (dari pukul 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang), serta 2 Oktober (dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang). 

Tour de France Prudential Singapore Criterium juga akan disiarkan secara langsung dan berdasarkan 'ikut permintaan' di meWATCH pada 30 Oktober bemula pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang. 

Perlumbaan F1 yang akan berlangsung di Marina Bay akan membariskan para pelumba popular seperti Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Sebastian Vettel. 

Grand Prix Singapura kembali diadakan selepas tiga tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Saksikan sesi latihan, pusingan kelayakan dan perlumbaan utama  Formula 1 Singapore Airlines Grand Prix Singapura 2022 di Saluran 5, yang akan disiarkan secara serentak di meWATCH. Perlumbaan juga akan disediakan atas permintaan di meWATCH. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita