Mediacorp akan siar 150 jam rancangan kanak-kanak BBC Studios
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rangkaian media Singapura, Mediacorp mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan syarikat BBC Studios dari Britain.
Ia dilaporkan sebagai perjanjian kandungan kanak-kanak terbesar BBC Studios di Singapura setakat ini.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, mulai 1 Oktober, lebih 150 jam kandungan premium kanak-kanak akan disiarkan menerusi platform Mediacorp, iaitu menerusi Saluran 'Okto on 5', dan atas permintaan di meWatch.
Direka oleh para pakar pembangunan, rancangan-rancangan itu menyediakan pengalaman interaktif dan selamat untuk mempromosikan permainan imaginatif, interaksi sosial, kemahiran bahasa dan nilai-nilai pendidikan.
Naib Presiden Pengedaran BBC Studios Cheryl Png berkata, pihaknya sangat teruja untuk mempertingkatkan kerjasama dengan rakan kongsi lama yang dihargai iaitu Mediacorp.
Bersama Mediacorp, BBC Studios berharap dapat memupuk generasi muda hari ini dengan rancangan-rancangan ikoniknya yang menghiburkan, di samping menyediakan maklumat dan memberi inspirasi.

Sumber : CNA/LL/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.