Medan Ujian Jaminan AI diperluas IMDA perboleh firma cuba teknologi baharu muncul dengan selamat
Lebih banyak syarikat kini boleh mencuba teknologi baharu muncul dengan selamat, di bawah Medan Ujian Jaminan Kecerdasan Buatan (AI) yang diperluas oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber dan Kumpulan Negara Bijak, Josephine Teo. (Gambar: Mediacorp)
Sejak pertama kali dilancarkan sebagai projek perintis awal tahun ini, inisiatif itu membantu syarikat menguji alat AI generatif untuk mengenal pasti risiko-risiko seperti kandungan berbahaya dan pembocoran data secara tidak sengaja.
Berucap di sebuah acara perlindungan data peribadi, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber dan Kumpulan Negara Bijak, Josephine Teo berkata ujian percubaan ini menyokong perkembangan tadbir urus AI dan piawai perlindungan data.
"Disebabkan kepantasan dan skala penggunaan AI, ada kepentingan untuk piawai dihasilkan dan dipersetujui. Secara realistik, ini akan mengambil masa. Di Singapura sekurang-kurangnya, kita sudah mengambil langkah-langkah kritikal pertama untuk mengembangkan ekosistem bagi ujian dan jaminan. Kami berharap para pemain industri akan menyertai kami memperkenalkan garis panduan awal yang boleh menjadi dasar bagi penubuhan piawai rasmi kelak," tambahnya.
Bagi perlindungan data, syarikat tempatan dan luar negara akan ada piawai lebih tinggi di bawah pensijilan Tanda Kepercayaan Perlindungan Data. Mereka akan ada syarat-syarat perlindungan data yang lebih jelas bagi bidang-bidang penting seperti pengurusan pihak ketiga dan pemindahan wang ke luar negara.
Tanda Kepercayaan ini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa syarikat itu memenuhi amalan-amalan perlindungan data bertaraf dunia.
Terdapat juga garis pandu baharu yang memudahkan syarikat menilai risiko data peribadi apabila menggunakan teknologi baharu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.