Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MClub lancar ruang selamat baru bagi wanita Melayu/Islam kongsi cabaran, harapan

MGirl Co Games Night dilancar, beri wadah bagi wanita Melayu/Islam dari pelbagai latar belakang untuk saling berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi.

Anggaran Waktu Membaca:
MClub lancar ruang selamat baru bagi wanita Melayu/Islam kongsi cabaran, harapan

Games Night anjuran MGirl Co pada 2 Okt 2021 (Gambar: MClub)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 08:31AM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 08:37AM

SINGAPURA: Wanita Melayu/Islam Singapura, terutama golongan karyawan, kini mempunyai satu lagi wadah untuk berbincang secara bermakna tentang cabaran-cabaran yang mereka hadapi.

Ini setelah pelancaran 'Games Night' hujung minggu lalu oleh MGirl Co, iaitu sayap wanita Kelab MENDAKI atau MClub.

Dalam satu kenyataan pada Ahad malam (3 Okt), MClub menyatakan acara yang dianjurkan pada Sabtu petang itu (2 Okt) adalah sebahagian daripada acara pendampingan dan peluasan rangkaian hubungan, yang bertujuan membantu golongan wanita mengharungi cabaran dalam ruang peribadi dan profesional.

"Sejajar dengan #CelebrateSGWomen, Games Night anjuran MGirl Co akan menghimpunkan golongan wanita Melayu/Islam dari pelbagai latar belakang. Ia membentuk ruang yang selamat dan tenang untuk mereka mengadakan perbincangan bermakna untuk berkongsi cabaran, pengalaman dan harapan masing-masing," menurut MClub.

Acara tersebut dihadiri 25 peserta. Turut hadir sebagai tetamu terhormat adalah Setiausaha Parlimen, Kementerian Perhubungan dan Penerangan merangkap Kementerian Kesihatan Rahayu Mahzam, serta Anggota Parlimen Mariam Jaafar dan Nadia Samdin.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan