Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MCI, MinLaw selar 'dakwaan tidak benar' PSP mengenai POFMA

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) baru-baru ini membuat "beberapa dakwaan tidak benar" mengenai Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI). 

Anggaran Waktu Membaca:
MCI, MinLaw selar 'dakwaan tidak benar' PSP mengenai POFMA

(Gambar: www.gov.sg)

Diterbitkan : 12 Dec 2019 08:23AM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 08:26AM

SINGAPURA: Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) baru-baru ini membuat "beberapa dakwaan tidak benar" mengenai Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Rabu (11 Dis).

POFMA digunakan buat pertama kali pada bulan lalu bagi mengarahkan seorang anggota PSP, Brad Bowyer, supaya membetulkan catatan Facebooknya yang antara lain mempersoalkan kebebasan Temasek dan GIC.

Di bawah POFMA, seorang menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sebuah rencana mengandungi kepalsuan dan mengeluarkan arahan, termasuk meminta agar pembetulan dilakukan. Arahan itu boleh dicabar di mahkamah.

Pada Selasa (10 Dis), PSP menyatakan bahawa Akta itu 'tidak lengkap' dari segi ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawapan.

Kenyataan itu mendakwa bahawa POFMA boleh digunakan oleh para menteri untuk mengisytiharkan bahawa sesuatu berita mengandungi "kepalsuan tanpa memerlukan sebarang penjelasan, kriteria atau piawai".

"Ini tidak benar sama sekali. Undang-undang itu dengan jelas memerlukan para menteri untuk menerangkan mengapa kenyataan-kenyataan tertentu adalah palsu," menurut MCI dan MinLaw dalam satu catatan Facebook pada Rabu (11 Dis).

"Ada kes-kes terdahulu dan duluan undang-undang sebelum kepalsuan dapat ditentukan. Apabila POFMA dikuatkuasakan baru-baru ini, sebab-sebab mengapa kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu sudahpun diterangkan dengan jelas."

"Yang penting, PSP dan Encik Brad Bowyer tidak menafikan bahawa catatan beliau mengandungi kepalsuan."

Kedua-dua kementerian itu menyatakan, POFMA hanya boleh digunakan apabila "kriteria-kriteria jelas” dipenuhi sambil menambah, ia menetapkan "piawai kebertanggungjawapan yang tinggi".

Seseorang "individu yang berasa dirinya menjadi mangsa POFMA" juga boleh mencabar arahan menteri di mahkamah dalam tempoh beberapa hari sejak arahan tersebut dikeluarkan, menurut kenyataan itu lagi.

Dakwaan yang dibuat oleh PSP bahawa para menteri "boleh mengenakan sebarang hukuman" juga adalah tidak benar sama sekali, menurut kedua-dua kementerian itu.

"Para menteri boleh mengeluarkan arahan seperti, misalnya, menuntut agar pembetulan dilakukan. Bagaimanapun sekiranya arahan itu tidak dipatuhi, hanya mahkamah sahaja yang boleh mengenakan hukuman, sejajar dengan proses-proses serta prinsip-prinsip undang-undang yang sudah ditetapkan," menurut MCI dan MinLaw lagi.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan