Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MCI akan bentuk kumpulan silang sektor tangani bahaya online ke atas wanita

MCI akan bentuk kumpulan silang sektor tangani bahaya online ke atas wanita

Anggaran Waktu Membaca:
MCI akan bentuk kumpulan silang sektor tangani bahaya online ke atas wanita

Cik Sim Ann bercakap kepada para peserta sesi perbincangan bahaya online. (Gambar: Chew Hui Min)

Diterbitkan : 08 Mar 2021 08:16PM Dikemas Kini : 08 Mar 2021 08:18PM

SINGAPURA: Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang berusaha untuk menubuhkan satu Perikatan bagi Tindakan (AfA) Singapura Bersama yang baru untuk menangani bahaya online, terutamanya yang disasarkan kepada golongan wanita dan budak-budak peremupuan.

Demikian menurut Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Sim Ann pada Isnin (8 Mac).

Cik Sim mengetuai perbincangan mengenai penubuhan AfA dan dua sesi pertamanya dihadiri oleh lebih 60 peserta.

Dengan kaum wanita mengorak langkah di dalam banyak bidang daripada pendidikan dan tempat kerja hingga ke kepimpinan, sudah tiba masanya untuk melihat sama ada mereka boleh menikmati tahap keyakinan dan kebebasan online sama seperti yang mereka raih di luar talian, kata Cik Sim kepada para wartawan selepas satu sesi pendampingan di Bangunan MCI hari ini, yang juga merupakan Hari Wanita Antarabangsa.

Terdapat tiga kategori luas bahaya online yang dibangkitkan semasa perbincangan itu: Penerbitan gambar dan rakaman terlalu peribadi tanpa persetujuan secara online; mesej dan interaksi yang tidak disenangi termasuk gangguan seksual; dan lelaman serta perniagaan online yang dikaikan dengan maksiat atau menggalak perbuatan maksiat dan bahaya terhadap wanita dan budak-budak perempuan.

"Kami sedang mencari projek-projek yang boleh dijalankan dan yang mana kita dapat melihat wakil-wakil sektor awam, masyarakat dan privet bekerjasama. Saya rasa kita sedang melihat permulaannya," kata Cik Sim.

"Ia juga harapan saya supaya kita dapat mewujudkan dan melancarkan Perikatan bagi Tindakan yang tertumpu kepada isu bahaya online yang disasarkan kepada wanita dan budak-budak perempuan."

Beliau menambah beberapa pihak berkepentingan sudahpun menghasilkan konsep projek-projek mengenai isu tersebut.

Mereka yang mengambil bahagian dalam perbincangan itu termasuk para wakil sektor IT, syarikat teknologi, kumpulan keibubapaan, pelajar dan kumpulan wanita. Beliau menekankan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita terlibat sama.

TEKNOLOGI, HUBUNGAN

Ketua Dasar Awam Facebook di Singapura dan ASEAN, Clara Koh, yang menghadiri sesi itu pagi tadi, berkata syarikatnya sangat komited kepada keselamatan wanita dan melihat syarikat itu sebagai terlibat dengan AfA berhubung bahaya online.

"Ini sebenarnya permulaan bagi banyak lagi sesi perbincangan yang mengupas bagaimana pihak-pihak berkepentingan berbeza di Singapura boleh bekerjasama menangani cabaran-cabaran yang kita hadapi di sini," kata Cik Koh tanpa memberikan lebih perincian.

Facebook sudah menggajikan tiga kali ganda kakitangan, iaitu peningkatan kepada 35,000 pekerja di merata dunia untuk menangani isu keselamatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata beliau.

"Pertama sekali, kami melabur dalam teknologi - kecerdasan buatan (AI) - untuk membantu kami secara proaktif mengesan kandungan yang melanggar dasar (kami)," kata beliau.

"Kedua adalah para pengguna kami dan kami harap mereka akan melaporkan kepada kami lebih banyak kandungan yang didapati melanggar piawaian kami di platform itu. Akhir sekali, memastikan kami mempunyai kakitangan yang melakukan kerja-kerja semakan, yang digajikan bagi kandungan sensitif berlainan bahasa dan budaya."

Satu lagi peserta, Encik Tan Book Siong, 51 tahun, bapa kepada tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, berpendapat bahawa jalinan hubungan antara ibu bapa dengan anak adalah satu lagi perkara yang perlu diberi tumpuan.

Sedang lebih banyak peraturan atau huraian teknologi diperkenalkan, para pelaku sentiasa mendatangkan cara baru untuk sampai ke mangsa mereka, kata Encik Tan, yang bekerja dalam industri perkilangan.

"Saya rasa kami mahu mewujudkan hubungan yang cukup rapat supaya anak-anak perempuan atau lelaki selesa berkongsi (dengan ibu bapa) secara terbuka jika mereka berdepan sebarang maslaah," kata beliau.

AfA adalah kumpulan-kumpulan silang sektor melibatkan agensi-agensi pemerintah, industri dan pertubuhan-pertubuhan lain yang ditubuhkan untuk meneroka dan melaksanakan idea baru dalam bidang khusus.

AfA bagi kumpulan-kumpulan industri, keharmonian kerja dan kehidupan serta pendigitalan yang inklusif adalah antara yang sudah ditubuhkan.

AfA bagi menangani bahaya online akan menyokong perbincangan-perbincangan silang agensi yang lebih meluas berkaitan pembangunan wanita, menurut MCI.

Singapura sedang mengkaji semula isu-isu wanita secara menyeluruh, yang akan dikumpulkan dalam Kertas Putih pada separuh pertama tahun ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan