Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MCI akan bangunkan Rangka Kerja Keterhubungan Digital

Anggaran Waktu Membaca:
MCI akan bangunkan Rangka Kerja Keterhubungan Digital

Pemandangan latar langit bandar Singapura pada 23 September 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Sebuah peta hala tuju baru bagi meningkatkan lagi prasarana digital akan menjadi asas kepada daya maju perniagaan dan penduduk dalam era digital.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyatakan,ia akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan Rangka Kerja Keterhubungan Digital, yang pertama kali diumumkan semasa belanjawan MCI.

Dalam Kenyataan Tambahan kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa membuka penggal kedua Parlimen ke-14, pada Isnin (10 Apr), MCI menyatakan, ia akan meningkatkan penggunaan huraian digital seperti bayaran dan invois elektronik.

Ia akan juga membantu syarikat-syarikat meningkatkan keselamatan siber dan kematangan digital secara keseluruhannya.
Bagi para individu pula, fokusnya adalah bagaimana membantu mereka mengakses khidmat-khidmat digital dan mendapat pekerjaan yang baik dalam teknologi.

Usaha-usaha untuk melindungi para pengguna daripada perisian online berbahaya dan ancaman siber juga akan diteruskan.

Ini termasuk kod-kod amalan baru bagi perkhidmatan media sosial dan gedung aplikasi.

MCI juga akan menyokong pembentukan dan penyampaian berita bermutu tinggi yang mencerminkan suara dan nilai-nilai Singapura.
 
Sumber : CNA/DY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan