Skip to main content

Singapura

McDonald's buka cawangan ke-10 di Tampines; gantikan KFC dan Pizza Hut di OTH

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di mana jua kita berada, McDonald's merupakan restoran makanan segera yang selalu kita kunjungi untuk mendapat makanan dengan cepat dan dengan harga yang berpatutan.

Tidak lama lagi mereka yang tinggal di bahagian timur Singapura, terutamanya di Tampines akan mendapat satu lagi tempat pilihan McDonald's, di Hab Tampines Kita (OTH).

Cawangan baru yang terletak di tingkat satu OTH, mengambil alih premis KFC dan Pizza Hut Express, menurut Facebook OTH, seperti dipetik Must Share News.

Ini merupakan cawangan ke-10 di Tampines, menunjukkan berapa gemarnya penduduk Tampines dengan McDonald's.

Sembilan lagi cawangan McDonald's di Tampines terdapat di Tampines Mall, Tampines Central 1, Pusat Pertukaran Bas Tampines, Tampines Ave 2, Tampines Mart, Balai Rakyat Tampines (Timur dan Barat), Tampines Green View dan Politeknik Temasek.

Cawangan di Tampines Mall, Pusat Pertukaran Bas Tampines dan Tampines Central 1 terletak berdekatan bangunan
Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang juga hanya 4 minit dari OTH.

Lazimnya, mempunyai francais yang begitu dekat antara satu sama lain secara teorinya tidak baik untuk perniagaan.

Tetapi memandangkan tempoh perkhidmatan setiap cawangan amat panjang, nampaknya McDonald's tidak mempunyai masalah untuk berkembang maju di Tampines.

Dengan 10 cawangan di kawasan kejiranan mereka, penduduk Tampines pasti tidak akan kehabisan pilihan jika mereka mengidam Hotcakes atau McSpicy.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita