Maybank yang pertama tawar huraian Pengurusan Kekayaan Islam menyeluruh di SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Kumpulan Maybank melancarkan hab luar pesisir serantau bagi Pengurusan Kekayaan Islam (IWM) untuk penyelesaian melalui Maybank Singapura pada Isnin (20 Nov), sekali gus memperluaskan kedudukan IWM bank itu melangkaui Malaysia dan Indonesia.
Maybank Singapura kini merupakan bank pertama di Singapura yang menawarkan penyelesaian pengurusan kekayaan Islam menyeluruh untuk pelanggan melalui peringkat kehidupan mereka yang berbeza, termasuk perancangan pemindahan kekayaan untuk generasi akan datang.
Penyelesaian ini adalah selaras dengan lima tunggak IWM Maybank, iaitu penciptaan kekayaan, pengumpulan, pemeliharaan, penyucian dan pengagihan.
Pelancaran ini diletakkan sejajar dengan Strategi M25+ Kumpulan Maybank untuk mencapai kepimpinan global dalam kewangan Islam, dan terutamanya dalam IWM. Cabang perbankan Islam kumpulan Maybank, Maybank Islamic Bhd, adalah bank Islam kelima terbesar berdasarkan aset di seluruh dunia iaitu lebih US$67 bilion (S$87.7 bilion) pada 2022.
Sebagai sebuah bank Islam terkemuka, Maybank menawarkan pelanggan rangkaian lengkap penyelesaian kekayaan Islam untuk mengakses lebih daripada pilihan pengurusan kekayaan konvensional, lapor The Edge.
Di Singapura, Maybank berupaya memberikan tawaran terbesar bagi dana-dana unit amanah patuh Syariah, iaitu sebanyak 13 dana.
Menurut Maybank, Singapura telah dikenal pasti sebagai hab luar pesisir serantau IWM kumpulannya memandangkan ia merupakan hab kewangan yang mantap bagi pengurusan kekayaan.
“Memandangkan penyelesaian IWM berasaskan nilai dan mampan pada terasnya, peningkatan permintaan dalam pelaburan alternatif dan berasaskan matlamat seperti pelaburan mampan dan kekayaan Islam menjadikan tawaran ini lebih menarik kepada pelanggan dari semua latar belakang,” menurut Maybank dalam kenyataan akhbarnya.
Ketua kumpulan Maybank, IWM Anurag Mathur menambah bahawa permintaan terhadap perbankan Islam adalah tren yang meningkat di peringkat global oleh kerana model perniagaan yang berasaskan nilainya. “Rantau Asia Pasifik menyumbang 30% daripada kekayaan individu bernilai tinggi secara global, dan kira-kira satu perempat daripada semua aset kewangan Islam tertumpu di Asia Tenggara. Individu mewah di rantau ini sedang mencari penyelesaian kekayaan yang lebih canggih termasuk pelaburan Islam, perlindungan dan pembiayaan.”
“Mereka juga mencari penyelesaian kekayaan Islam seperti pelaburan beretika, kedermawanan dan perancangan penggantian selaras dengan pendirian mereka. Dengan adanya Singapura sebagai hab IWM bagi Kumpulan Maybank, kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan dalam dan luar pesisir kami dengan rangkaian penyelesaian kekayaan Islam yang lengkap di pasaran,” kata Encik Mathur.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Khairussaleh Ramli menyatakan bahawa kumpulan itu kekal teguh dalam menasihati para pelanggannya untuk merealisasikan matlamat pelaburan dan potensi kekayaan mereka melalui penyelesaian perbankan Islam sesuai yang dikhususkan bagi amalan berasaskan nilai.
Permintaan ini didorong oleh inovasi berterusan dalam industri perbankan Islam untuk menawarkan lebih banyak produk patuh Syariah, serta minat yang semakin meningkat dalam pelaburan mampan.
Menurut Maybank, kewangan Islam semakin pesat mendapat daya tarikan di luar bidang kuasa Islam, dengan aset kekayaan Islam berkembang pada kadar yang sama seperti kekayaan konvensional.
Sebagai contoh, data daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa aset kewangan Islam global dianggarkan berkembang melebihi AS$2 trilion (S$3.08 trilion) dalam tempoh sedekad lalu.
Oleh itu, Maybank menyatakan bahawa perniagaan kekayaan Islam di luar pesisir menawarkan peluang hebat untuk aktiviti kewangan di Asia Tenggara, lapor The Edge.
“Pelancaran hab serantau IWM ini merupakan langkah penting bagi Maybank sedang kami mencapai kejayaan sebagai peneraju IWM global. Maybank Singapura berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kekuatan ini untuk mengembangkan perniagaan IWM, sambil disokong oleh kepakaran kami yang sangat berpengalaman dari Malaysia yang dibina selama ini.”
Kumpulan Maybank telah memenangi anugerah tertinggi The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2022, mengekalkan kedudukannya sebagai Bank Islam Terbaik di Asia Pasifik dan Malaysia, untuk tahun kesembilan berturut-turut.
Ia juga memenangi anugerah Bank Runcit Islam Terbaik di Malaysia, gelaran yang dipegangnya sejak 2010, lapor The Edge.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.