Maybank ganding bahu dengan 12 MMO dan Grab agih habuan kepada 2,500 penerima
Maybank Singapore baru-baru ini mula mengagihkan habuan kepada 2,500 penerima bantuan 12 pertubuhan Melayu/Islam (MMO).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Maybank Singapore baru-baru ini mula mengagihkan habuan kepada 2,500 penerima bantuan 12 pertubuhan Melayu/Islam (MMO).
Ia merupakan sebahagian daripada komitmen bank itu untuk membantu masyarakat pada detik-detik bermakna, menerusi kerjasama dengan pelbagai pertubuhan sosial.
"Semua ini dibiayai sepenuhnya melalui dana zakat (Maybank) Singapura. Kami sangat berterima kasih kepada pelanggan Perbankan Islam kami," jelas Ketua Perbankan Islam Maybank Singapore, Encik Sazzali Sabandi.
"Melalui sokongan mereka, Maybank dapat menyalurkan sehingga $3 juta dana zakat sepanjang dua tahun untuk menyokong pelbagai program kemasyarakatan seperti ini."
Menariknya, kerjasamanya dengan MMO bukan sekadar mengenal pasti para penerima bantuan.

Premis Jamiyah Singapore dan Muhammadiyah misalnya digunakan untuk membungkus habuan. Wisma Geylang Serai dan PERTAPIS pula digunakan sebagai tempat pengagihan.
GRAB JUGA BANTU HANTAR HABUAN
Setiap habuan daripada Maybank berisi barang dapur seperti beras, minyak masak, susu pekat dan makanan dalam tin untuk digunakan pada Ramadan nanti.
Menariknya, Grab juga tampil untuk menyertai inisiatif ini. Lebih 150 pemandunya akan membantu menghantar habuan kepada 900 keluarga di merata Singapura.
"Ini satu peluang besar untuk menggembleng tenaga sebagai satu masyarakat supaya kesannya lebih besar," ulas Pengarah Urusan Grab Singapore, Alejandro Osorio.
Secara keseluruhan, inisiatif sempena Ramadan yang diterajui Maybank ini melibatkan lebih 700 relawan dari Maybank, Grab dan MMO yang mengambil bahagian.
MODEL KONGSI SUMBER DIPUJI DR FAISHAL
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Ahad (8 Feb) turut menyertai pengagihan yang dijalankan di Wisma Geylang Serai.
Di sana, beliau mengulas tentang model kongsi sumber yang menyerlah dalam inisiatif Maybank Singapore.
"Usaha bersama yang kita saksikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan masyarakat terletak pada keupayaan kita untuk saling menjaga dan menyokong antara satu sama lain," kata Dr Faishal.
"Apabila pertubuhan masyarakat, rakan industri dan para sukarelawan berganding bahu, bantuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menyeluruh, agar setiap keluarga yang memerlukan dapat merasai sentuhan keprihatinan kita," tambah beliau.

Inisiatif Maybank menjelang Ramadan ini sudah diusahakan sejak 2013.
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.