Mayat wanita SG ditemui di pangsapuri Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Facebook/Gold View Apartments District 4 HCM)
SINGAPURA: Seorang wanita warga Singapura yang dilihat buat kali terakhir pada Januari ditemui mati di sebuah pangsapuri di Vietnam pada Khamis (13 Jun).
Menurut media Vietnam, mayat wanita tersebut ditemui di kondominium The Goldview, di Ho Chi Minh City.
Wanita itu, yang tidak dinamakan, dilihat buat kali terakhir pada 31 Januari, lapor akhbar Vietnam Nguoi Lao Dong.
Pemilik apartment tersebut menemui mayat itu dan memaklumkan kepada jawatankuasa pengurusan kondominium tersebut, sebelum menghubungi polis.
Siasatan awal menunjukkan bahawa pemilik pangpasuri terbabit tidak menyewakan apartmen tersebut, dan kali terakhir kad akses lif itu digunakan adalah pada 31 Januari, lapor media Vietnam.
Menjawab soalan Mediacorp, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan pejabat Konsulat Jeneral di Ho Chi Minh City sudah menghubungi pihak berkuasa tentang kes berkenaan.
MFA dan pejabat Konsulat Jeneral sudah memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa.
"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya," kata jurucakap MFA.
"MFA tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai kes ini kerana siasatan sedang dijalankan."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.